fbpx

“Saya Akui Salah, Berhenti Kecam Saya”

Kalau baru-baru ini Datuk Seri Aliff Syukri enggan mengulas lanjut mengenai kereta mewahnya, Roll Royce menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) negeri Sarawak yang dikatakan lebih murah, kini Aliff akui kesalahannya dan berharap peminat berhenti mengecamnya.

BACA: “Saya Beli Rolls Royce Itu Secara Tunai”

“Memang saya salah sebab saya cuai dan bersedia membayar denda atas kesalahan ini. Saya harap mereka di luar sana tidak lagi mengecam saya kerana sebagai manusia biasa saya juga melakukan kesilapan”

“Saya anggap ini sebagai satu cabaran buat saya. Tetapi pihak netizen juga kalau boleh janganlah menghukum saya ibaratnya saya membuat satu kesalahan yang besar seperti membunuh dan merogol,” katanya kepada Utusan Online mengenai perkara itu.

Dalam masa yang sama, Aliff juga menyatakan beliau akan membayar denda bagi kesalahan itu. Sebelum ini, kereta mewah yang disewakan kepada warga Australia telah ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Selain kesalahan menggunakan LKM negeri Sarawak, Aliff turut disaman kerana mempunyai nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi. Apapun, semoga kejadian ini beri pengajaran kepada ALiff dan orang ramai. Kalau dah berkereta mewah kenalah berbelanja lebih sikit untuk roadtax. (rtky/w)