fbpx

“Saya Beli Rolls Royce Itu Secara Tunai”

Agak mengejutkan juga berita kereta mewah usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri disita semalam memandangkan beliau semamangnya berharta. Terkilan dengan perkataan sita yang digunakan akhbar, Aliff menjelaskan beliau lebih dari mampu membeli keretanya itu secara tunai.

BACA: JPJ Rampas Rolls Royce Milik Aliff Syukri

“Saya beli Rolls Royce itu secara tunai, dan tiada hutang lagi. Saya lebih mampu untuk membelinya. Secara jujur, saya tidak tahu menahu mengenai kereta itu apatah lagi saya kini berada di luar negara,” katanya kepada portal Astro Awani yang kini bercuti di luar negara bersama keluarga.

Jelasnya, dakwaan penggunaan ‘sita’ seolah menggambarkan beliau tidak berkemampuan membeli kereta berjenama mewah itu sedangkan beliau membelinya secara tunai dan tidak berhutang. Katanya berhubung dengan dakwaan orang ramai mengecam dirinya tidak membayar kereta itu.

Manakala, disebalik keretanya disita, ada juga berita mengatakan kereta milik syarikatnya didaftarkan daripada Lesen Kenderaan Motor (LKM) Sarawak. Bagaimanapun Aliff enggan mengulas lanjut, dengan menjawab dirinya lupa kerana mempunyai terlalu banyak kereta. (rtky/w)