fbpx

“Saya Akan Kongsi Apa Saya Rasa Menerusi Lagu Baru”

Secara rasmi berakhir sudah tali pertunangan diantara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy semalam, bagaimanapun difahamkan Sufian tidak berada di rumah ketika itu. Menganggap dugaan ini punya hikmah, Sufian ingin meluahkan rasa hati kekecewaanya menerusi lagu yang bakal dikeluarkan.

BACA: Bapa Elfira Loy Pulangkan Cincin Tunang

“Semuanya sudah selesai mengikut adat. Saya tidak ada ketika keluarga Elfira datang ke rumah. Namun, kedua ibu bapa saya memaklumkan perkara ini, petang semalam. Apa pun, saya bersyukur ramai yang mengambil tahu mengenai kami”

“Ada pepatah Inggeris berkata, ‘a broken heart creates a masterpiece’. Selepas ini, saya nak kongsi apa yang saya rasa melalui lagu,” katanya kepada Harian Metro mengenai pemulangan cincin tunang oleh bapa Elfira.

Menerima keputusan ini dengan hati terbuka, Sufian akui hubungan beliau dan keluarga Elfira masih baik. Malah jelasnya, beliau tidak berdendam terhadap keluarga beliau dan mendoakan Elfira akan bertemu dengan jodoh yang baik.

Selain itu, rakan-rakan artis turut bersimpati terhadap berita ini dengan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini selain mendoakan masing-masing terus tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. (rtky/w)