fbpx

Bapa Elfira Loy Pulangkan Cincin Tunang

Jika sebelum ini, penyanyi Sufian Suhaimi cuba menafikan bahawa pertunangannya bersama Elfira Loy belum berakhir, kenyataan dari ayah pelakon wanita berkenaan akhirnya menjadi penutup bagi kisah ini.

BACA: “Sufian Suhaimi Percaya Mereka Masih Bertunang”

Menurut laporan BH Online, bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin telah memulangkan cincin pertunangan mengikut adat di kediaman Sufian yang terletak di Muar, Johor.

“Kami sekeluarga sudah membuat keputusan memutuskan tali pertunangan antara Elfira dan Sufian. Kami anggap antara anak saya dan dia (Sufian) tiada jodoh. Apa juga alasan atau sebab musabab lain itu tak perlulah ditulis kerana ia akan menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang lain”

“Biarlah ia tersimpan erat dan hanya keluarga masing-masing saja tahu,” jelasnya kepada portal berita tersebut. Tambah ayah pelakon itu lagi, usaha untuk memulangkan cincin tersebut sudah cuba untuk dilakukan sebelum Elfira mengerjakan umrah, namun ada saja halangan.

“Baik keluarga saya dan keluarga Sufian menerima keputusan itu dengan terbuka. Kami masing-masing reda dengan apa yang sudah tertulis dan sepakat meneruskan hubungan baik tanpa perlu bermusuh,” katanya.

Selain itu bapa Elfira juga menyatakan bahawa tidak perlu ada lagi kenyataan daripada pihak Elfira dan Sufian atau pun sidang media bagi menjaga perasaan kedua-dua belah pihak. (rtky/s)