fbpx

“Saya Akan Jadi Gila, Meroyan Jika Suami Kena Sondol” – Ernie Zakri

Penyanyi Ernie Zakri berkata jika suaminya, Syamel ada hubungan dengan penyondol atau rumah tangganya diganggu orang ketiga, mungkin dirinya akan hilang kewarasan.

Memetik Kosmo, Ernie berkata dirinya bukan wanita yang kuat untuk menghadapi dugaan tersebut. Ujarnya, dia mengakui takut apabila membaca kisah dilalui beberapa rakan artis.

BACA: Peminat Nak Ernie Zakri Kurus, Dapat Bentuk Badan Sebelum Kahwin

“Saya bukan wanita yang kuat untuk hadapinya. Siapa yang mahu suami disondol. Ada satu saat, saya takut nak baca kisah-kisah sebegitu terutama yang terjadi dalam kalangan rakan-rakan artis.

“Saya tidak mahu berada di posisi mereka. Sekiranya berlaku, saya boleh jadi gila dan meroyan, bahkan mungkin boleh buat sidang media untuk kongsi tentangnya (penyondol),” katanya.

Dalam pada itu, Ernie mengagumi dengan kekuatan wanita yang berdepan ujian dimana rumah tangga mereka diganggu dan diuji.

“Saya tidak dapat membayangkan keadaan dirinya jika berhadapan dengan masalah ‘penyondol’ tetapi kagum dengan kekuatan golongan wanita yang diuji dengan gangguan orang ketiga. Tabik dengan kekuatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ernie berkata dia dan Syamel saling menasihati antara satu sama lain mengenai status mereka yang kini bergelar suami dan isteri orang.

“Saling mengingati itu perlu dan harus sentiasa sedar diri tentang status suami orang dan telah berkahwin,” katanya.