Peminat Nak Ernie Zakri Kurus, Dapat Bentuk Badan Sebelum Kahwin
Penyanyi Ernie Zakri berkata dia ada menerima komen daripada peminat yang mahu melihatnya memiliki kembali bentuk badan lama sebelum berkahwin.
Bagaimanapun, Ernie berkata meskipun dia gembira kerana kurus ketika itu namun mengakui tidak menjaga soal pemakanan dan gaya hidup sihat.
BACA: Ernie Zakri Tak Kisah Orang Panggil Syamel Lembut
“Nak lihat kak Ninie (Ernie Zakri) kurus macam AJL 32 dulu. Mampu tak? Comel sangat.
“Sejujurnya saya rindu bentuk badan masa dulu. Umur 25, 26 tahun memang gembira sangat sebab kurus. Tapi, makan dan minum tak menentu. Senang cerita, bukan gaya hidup sihat. Jauhlah nak makan suku, separuh tu,” katanya.
Menurut Ernie, ketika AJL berapa tahun lalu beratnya hanya 45 kilogram dan nampak tidak sihat serta kelihatan seperti badan budak-budak. Namun ketika usia 29 tahun, beratnya naik 49 kilogram dan baignya ketika itu dia lebih sihat.
“Pada saya, pakai apa pun masa tu nampak cantik sebab memang kurus sangat. Apabila tengok balik masa tu terutama AJL ketika menyanyikan lagu Aku Cinta, saya cakap dalam hati ‘eh macam badan budak budak’.
“Nampak tak sihat. Sebab kita saja tahu apa kita ‘consume’ masa tu kan. Masuk saja umur 27, 28, dan 29 tahun berat badan terus 49 kg. Saya sudah mula bersenam masa tu. Saya sangat gembira dan sihat, alhamdulillah,” katanya.
Dalam pada itu, Ernie berkata ketika hamil anak sulung berat badannya naik dan kini sedang dalam proses berpantang serta menurunkan berat badan secara perlahan.
“Sewaktu mengandung tentu saja berat badan naik. Saya tak bimbang sebab perkara ini normal untuk semua orang. Sekarang, nak mula balik kehidupan sihat itu. Nak turunkan berat badan pun kena perlahan lahan. Tak nak ‘rushing’ macam dulu. Asalkan sihat, alhamdulillah.
“Moga Allah SWT permudahkan perjalanan saya ini. Dapat 50kg pun okay dah, Insya-Allah. Jadi doakanlah perjalanan saya ini. Nak bersenam kena tunggu lama sikit. Jadi, saya menjaga pemakanan saja sekarang ini,” katanya.
Terdahulu, Ernie mendirikan rumah tangga ddengan penyanyi Syamel pada 26 Mac tahun lalu dan dikurniakan nak perempuan diberi nama Nur Khawla Soleha pada 22 Februari.
- SUMBER
- Harian Metro
Tipikal org malaysia…pompuan baru beranak disuruh body mcm anak dara…agak2 la weiiii…yg laki boroi mcm badak takde pulak org bisingkan nak suruh jaga badan padahal bukannya beranak pun tp kalau pompuan gemuk sebab beranak mula kata mcm2…pastu bg alasan cari betina lain sbb body bini dah gelebeh….kalau si laki pun tak menyumbang tak menolong,jgn harap bini tu nak sihat nak meletops
pakai jubah le lepas ni nak cover badan gempal
Gundu pun ok. Comeyy mcm muka shila hamzah
Org tu baru je bersalin.. bg la dia enjoy time dgn babynye.. slowly dia jg la bdn dia.. sekrg ni dia tgh menyusukn anak.. ape la benak sgt yg suruh kurus tu.. dia artist of coz dia nak kurus cantik masuk tv tp jgn la sebut² hal tu sekrg.. dia masih berpantang lg kan jgn bg dia depress.. haiyoooo people.. give her space (eyes rolling).. not her fan but i am a mother myself.. fhm sgt bila org bersebut² psl naik bdn.. dah mengandung mesti la naik bdn.. x byk, sikit..