fbpx

“Saya Akan Buat Apa Saja Untuk Selamatkan Rumah Tangga”

Baru-baru ini, rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan Mohd Izham Tarmizi Roslan diuji ketika Mia masih lagi dalam waktu berpantang selepas melahirkan cahaya mata pertama mereka. Semalam, menerusi Insta Story, Mia memuat naik status mengatakan dia akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan rumah tangganya.

Ujarnya lagi, dia tidak kisah dengan cakap-cakap orang lain terhadapnya kerana dia yang membenarkan orang lain bercakap tentang dirinya dan sedar akan akibatnya.

BACA: Mia Ahmad Tercabar Dengan Suami Namun Reda

“Hanya Allah, saya, suami dan dia (wanita didakwa curang dengan suaminya) yang tahu kebenarannya. Saya akan lakukan apa saja untuk selamatkan rumah tangga saya. Orang tak tahu apa yang saya lalui. Mereka tak rasa apa yang saya rasa,” tulisnya.

Terdahulu, kisah rumah tangga Mia Ahmad mengundang persoalan apabila semua gambar suaminya dipadam dari laman sosial Instagram.

Bagaimanapun, suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) tegas menepis dakwaan kononnya dia berlaku curang dan menjelaskan perkara tersebut bermula daripada tuduhan sepasang kekasih yang disifatkan sebagai berniat jahat.