Pelakon Fasha Sandha, yang sebelum ini mengakui dia begitu rapat dengan pelakon Aidil, akhirnya memberitahu kini kedua-dua belah keluarga mereka juga sudah saling-mengenali.

BACA: Semakin Seksi, Netizen Mahukan Fasha Sandha Yang Dulu


“Saya dan Aidil sudah saling mengenali keluarga masing-masing. Saya pernah jumpa keluarga dia dan dia juga pernah bertemu keluarga saya,” katanya yang ditemui di Majlis Memperkenalkan dirinya selaku duta kepada produk ubat gigi Aura White, yang bertempat di Meet & Dine, Budiman Business Park.


Malahan, Fasha turut berkata, anak-anaknya juga turut berasa selesa dan rapat dengan Aidil.

“Anak-anak saya pun selesa disamping Aidil. Malah, Aidil antara lelaki yang paling rapat dengan Rayfal dan Jemaima selain bapa mereka. Kalau ikutkan anak perempuan saya susah nak rapat dengan orang tapi dengan Aidil ni senang saja. Mungkin sebab Aidil ada aura budak-budak,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)