fbpx

Penghijrahan pelakon Izara Aishah yang kini tampil sopan dan bertudung labuh sejak tahun lalu mendapat reaksi positif di kalangan netizen yang turut gembira dengan perubahan tersebut.

Baru-baru ini, menerusi satu satu temubual bersama majalah EH, Izara berkongsikan impiannya yang mahu menetap di salah satu kota suci umat Islam, Madinah.

BACA: Produksi Drama Tak Profesional, Izara Aishah Lebih Suka Berlakon Filem

Menurut Izara lagi, dia juga turut menyimpan hasrat untuk meninggal dunia disana dan itu yang ada di dalam doanya.

“Ada banyak impian, seperti orang lain kita semua hendak membahagiakan ahli keluarga kita. Icha mahu menjadi contoh yang baik kepada anak Icha sendiri.

“Icha sebenarnya ada impian mahu menetap di Madinah dan kalau boleh meninggal dunia pun di sana. Impian ni memang ada dalam doa-doa Icha,” katanya.

Ditanya mengenai pelakon itu jarang membuka ruangan komen di media sosial sejak dulu lagi, Izara berkata dia kurang selesa dengan puji-pujian.

“Saya selalu malu nak kongsi benda ni, sebenarnya dari dulu saya paling takut evil eye. Saya percaya pada benda itu sebab Rasulullah pun ada cakap fasal hal ini.

“Saya start tutup komen dari dulu, evil eye ni attract puji-pujian. Saya kurang selesa pada puji-pujian,” katanya.