fbpx

Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia tidak terkesan dengan keputusan komposer Amy Ukays yang memberitahu tidak mahu menghasilkan lagu raya untuknya.

Memetik mStar Online, Aliff berkata dia masih boleh bekerjasama dengan komposer lain untuk menghasilkan lagu baru selepas ini serta malas melayan gosip murahan.

BACA: “Aliff Syukri Minta Buat Lagu Raya Tapi Saya Tolak Sebab Dia Lupa Diri” – Amy Ukays

“Dia (Amy) feeling…dia rasa dia sorang je ke boleh buat lagu? Poyo! Zaman sekarang tak kisah kau nak ke tak nak…yang penting ada duit. 

“Orang menunggu lagu-lagu saya dan penyanyinya Aliff Syukri. Saya malaslah nak layan gosip-gosip murahan,” katanya.

Sementara itu, Aliff berkata jika Amy tidak mahu menghasilkan lagu untuknya ramai lagi komposer lain berminat serta mendakwa Amy mahu menumpang popularitinya.

“Satu komposer tolak seribu komposer datang…Saya ni artis kegemaran komposer dan semua penggiat seni Malaysia.

“Dengan suara saya yang sedap ni tka payah nak pakai komposer popular atau macam dia (Amy) yang menagih populariti daripada saya. Saya nyanyi je terus orang meremang dengar suara saya yang sedap ni,” katanya.