fbpx

Satu Tips Mudah Kekal Cantik Dalam Cuaca Panas, Kering

Pernah atau tidak anda berada dalam keadaan yang sangat panas dan kering sehingga sakit tekak dibuatnya. Lagi lagi di Malaysia yang cuacanya tidak menentu ketika ini, berada dalam keadaan panas walau untuk beberapa jam memang boleh mengeringkan kulit dan buat anda dahaga.

Itu di Malaysia, bayangkan pula apabila ikon fesyen Chiara Ferragni dibawa ke padang pasir Anza Borrego di selatan California yang mana keadaannya jauh lebih panas dan kering berbanding di Malaysia.

Chiara Ferragni mengikuti jelajah bersama National Geographic bersama SK-II untuk membuktikan keberkesanan produk terbaru mereka SK-II Facial Treatment Essence (FTE) menghadapi cabaran cuaca kering dan panas.

Dalam video di atas kita boleh lihat bagaimana model cantik itu berhadapan dengan suasana kering lagi panas selain mengalami pancaran UV secara terus ke kulit beliau. Namun dengan SK-II Facial Treatment Essence (FTE), Chiara Ferragni tidak alami sebarang masalah untuk berhadapan dengan kamera.

Ini adalah kerana SK-II Facial Treatment Essence (FTE) mengandungi 90% Pitera asli mampu melegakan kulit anda dari sinaran UV selain memerangkap kelembapan kulit anda apabila terdedah dengan cuaca kering dan panas.

Jadi untuk anda yang risau akan keadaan kulit apabila berhadapan dengan matahari dan cuaca ekstrim sebegini, amalkan SK-II Facial Treatment Essence (FTE) dalam regim kecantikan anda akan banyak membantu.

Nak beraya pun seronok nanti ‘kan?