fbpx

Satu-Satunya Anak Perempuan, Dekta Banyak Warisi Sifat Arwah Siti Sarah

Merupakan satu-satunya anak perempuan peninggalan Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu berkata anaknya Dzahira Talita Zahra, 8 tahun banyak mewarisi sifat ibunya.

Menerusi satu perkongsian, Shuib berkata Talita atau lebih mesra dipanggil Dekta banyak membantunya menguruskan keluarga serta anak bongsunya, Ayash Affan.

BACA: Shuib Akhirnya Dedah Wajah Ayash Affan

“Satu-satu anak perempuan ibu dan daddy. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Sangat-sangat mengambil berat tentang family. Banyak sifat ibu yang ada pada Talita,” tulisnya.

Terdahulu, Shuib sering berkongsikan mengenai telatah anak-anaknya yang bergilir-gilir menjaga adik bongsu mereka, Ayash Affan.

Allahyarham Siti Sarah sempat melahirkan Ayash Affahm pada 6 Ogos lalu, namun meninggal dunia pada 9 Ogos lalu selepas tiga hari selepas ditidurkan.