Sarimah Ibrahim Tolak Tawaran Siri Netflix ‘Wednesday’

Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan pernah menolak tawaran berlakon siri popular Wednesday kerana ada melakonkan babak bercium.

Menerusi satu hantaran di Threads, Sarimah berkata dia  disenarai pendek untuk siri berkenaan dan sudah pasti dia akan menolak kerana adanya adegan sedemikian.

BACA: Jeslina Hashim Bakal Jadi Isteri Kerabat Diraja, Biras Sarimah Ibrahim

“Saya disenarai pendek, tetapi babak tersebut memerlukan saya melakukan adegan ciuman secara jarak dekat dan perlahan.

“Saya memilih untuk menolaknya. Ia bukan soal kita tidak mempunyai bakat tetapi kita mempunyai prinsip dan pegangan moral yang tinggi,” tulisnya.

Bukan itu saja, Sarimah berkata menerusi Nine Perfect Strangers, Sarimah diminta untuk berbikini dan melakukan adegan cium dan terpaksa menolak tawaran berkenaan.

×