fbpx

Sarat Hamil 7 Bulan, Kak KM Ditegur Pergi Hiking

Usia kandungan kini sudah mencecah tujuh bulan, tindakan usahawan kontroversi, Liana Rosli atau Kak KM mendaki bukit mengundang rasa kurang senang netizen.

Turut berkongsikan video melakukan aktiviti berkenaan di Instagram, Kak KM berkata dia mengikuti aktiviti tersebut kerana ingin memenuhi permintaan anak-anaknya.

BACA: Kak KM Hadiahkan Gelang Emas Besar RM100,000 Buat Ibu Sebak

“Rancangan awal nak mendaki bukit dalam enam kilometer saja, jalan santai-santai tapi tak sangka pula tukar laluan 20 kilometer kena melalui laluan lebih mencabar.

“Sebenarnya memang berbahaya untuk saya sampaikan coach (jurulatih) pun terkejut tak sangka saya mampu hiking sebab keadaan perut pun dah besar, tunggu masa nak beranak sahaja,” katanya.

Susulan tindakannya itu ramai meluahkan rasa bimbang apatah lagi ada netien mengatakan kawasan hutan tidak selamat untuk ibu mengandung kerana turut didiami makhluk halus.

“Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja, tak ada apa-apa yang jadi. Hantu tu tak ada tapi manusia boleh jadi hantu, kita pun pergi dah siap doa dan ilmu di dada,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM turut menasihati ibu hamil yang lain supaya tidak mengikuti tindakannya itu kerana boleh mendatangkan bahaya pada kandungan.