fbpx

Nampaknya, Sarah Yasmine terus mendedahkan satu demi satu mengenai kekasihnya itu apabila berkongsikan audio Aliff Aziz menangis merayu agar tidak ditinggalkan.

Menerusi temu bual bersama Boom, kedengaran dalam rakaman audio itu Sarah berkata mahu meninggalkan Aliff kerana sudah tiada rasa sayang.

BACA: Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari Tular Kembali

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Namun, Aliff menangis dan merayu agar tidak ditinggalkan oleh Sarah serta mengatakan dia memberikan telefonnya kepada kekasihnya itu.

“Awak cakap apa, awak dah tak nak saya? Sumpah awak nak tinggalkan saya. Sumpah awak dah tak sayangkan saya. Saya bagi telefon saya kat awak, apa salah saya? Saya bagi telefon saya,” kata Aliff.

Sarah kemudian menjelaskan Aliff sendiri dengan rela hati memberikan telefonnya serta mengatakan aktor itu menangis kerana ada pergaduhan antara mereka.

“Boleh dengar lah Aliff sendiri yang bagi telefon kepada saya. Kenapa dia nangis-nangis pula sebab ada la pergaduhan kami sana sini dan saya cakap nak tinggalkan dia.

“Bukan sekali pun benda ni jadi, dah berapa banyak kali. Tapi benda sama jadi, kalau nak tinggalkan dia jadi macam ni.

“Saya nak tinggalkan dia bukan sebab tak sayang ke apa, tapi pada masa itu ini cuma taktik sebab bagi saya, kalau dia nak terus hidup macam 2019 dulu, saya tak nak ada untuk benda tu,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah menafikan dakwaan Ruhainies mengatakan dia menggunakan cara kotor untuk mendapatkan telefon Aliff serta menyifatkan ianya satu fitnah.

“Dalam perbualan yang Chacha Maembong post, Ruhainies ada kata saya ada letak barang dalam air Aliff. Sebab tu saya boleh dapat perbualan dia dengan Aliff.

“Tapi tak, saya minta maaf Ruhainies. Saya dapat perbualan tu sebab ‘minah’ ni yang selalu ada dengan dia hari-hari. Dia kalau nak cakap macam tu, itu dah diibaratkan satu fitnah,” katanya.