fbpx

Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari Tular Kembali

Susulan pendedahan mesej perbualan oleh Sarah Yasmine, nama Ruhainies dan Aliff Aziz menjadi bualan ramai di media sosial termasuk aplikasi X.

Turut menjadi bualan gambar lama memaparkan Ruhainies makan nasi kandar di dalam kereta pada tahun 2019 kembali tular di platform X.

BACA: “30 Minit, Bukan 3 Jam” – Ruhainies

Dalam ciapan tersebut, Ruhainies berkata dirinya lapar tetapi tidak mahu makan di kedai kerana penampilan agak selekeh. Namun, lelaki yang tidak didedahkan wajahnya telah memesan nasi kandang dan menyuap makan di dalam kereta.

Lebih menjadi perhatian, seorang pengguna X yang berkongsikan semula ciapan tersebut mempersoalkan bagaimana Ruhainies boleh ‘downgrade’ dari lelaki yang memandu Ferrari kepada lelaki yang menaiki kereta milik isteri serta tiada lesen memandu.