fbpx

Sarah Yasmine Dapat Notis Perintah Dari Aliff Aziz

Kekasih gelap pelakon sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine memaklumkan dia tidak dapat mengulas mengenai pendedahan Aliff semalam selepas menerima notis daripada aktor itu di Singapura.

Memetik Oh Bulan, berdasarkan notis perintah itu dia dilaan untuk membuat pendedahan di media sosial serta tidak menyebut mengenai aktor berkenaan.

BACA: Erma Fatima Mohon Maaf Pada Warga Singapura, Perbuatan Sarah Yasmine Tetap Salah

“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberi komen mengenai pendedahan Aliff. Saya dah terima notis perintah untuk saya tidak menyebut mengenai dirinya. Jadi, saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes tersebut,” katanya.

Sementara itu, Sarah menegaskan dia tidak akan berdiam diri dan akan menyelesaikan di mahkamah bersama peguam yang dilantik kerana dia tidak salah.

“Saya tetap akan lawan balik di mahkamah bersama peguam. Saya tahu diri saya tak salah. Saya sudah beritahu dia (Aliff) sebelum keluar arahan dari pihak mahkamah.

“Saya dengan dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan. Saya akan full on go against dia with everything and now, with the court order.

“Saya okay kalau ada segelintir pihak yang menganggap saya terhegeh atau meroyan. Insya-Allah, walaupun diduga, saya masih boleh fokus mencari rezeki dengan bekerja,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan