fbpx

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima memohon maaf kepada warga Singapura susulan kenyataannya terhadap kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

Bagaimanapun, Erma berkata dia tetap dengan pendirian perbuatan Sarah itu membuka aib dan menjatuhkan maruah wanita.

BACA: “Sarah Yasmine Boleh Berambus”

“Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya terima kalau ada yang tidak puas hati dengan kenyataan saya. Saya minta maaf kalau mengguris hati orang Singapura, tetapi saya tetap dengan pendirian perbuatan perempuan itu (Sarah Yasmine) menjatuhkan maruah penggiat seni dan wanita,” katanya.

Difahamkan, Erma berkongsi permohonan maafnya yang dibaca pengacara Roslan Shah menerusi siaran langsung dalam Instagram.

Sementara itu, Erma turut menghantr pesanan melalui mesej bahawa peguamnya tidak membenarkan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut.

Dalam pada itu, Erma berkata dia tidak bermusuh dengan warga Singapura dan dia yang membawa masuk beberapa selebriti Singapura masuk ke dalam industri hiburan Malaysia.

“Salam Lan, saya minta maaf sebab peguam saya tidak benarkan saya buat apa-apa kenyataan tentang isu ini. Yang pasti saya tidak bermusuh dengan warga Singapura. Saya tidak suka dengan cara perempuan itu mengaibkan orang yang tiada kena mengena dalam kes Aliff.

“Tiada sebab saya mahu bermusuhan dengan orang Singapura. Saya bawa masuk Aaron Aziz dan Adi Putra ke industri ini dan mereka diterima sebab berkelakuan baik,” katanya.

SUMBER: mStar Online