fbpx

Sarah Hildebrand Sah Isteri Kepada Jejaka Kacukan Filipina-Amerika

Tahniah diucapkan kepada Sarah Hildebrand sah bergelar isteri kepada pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, dengan sekali lafaz di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, jam 10.25 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Bahagian Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Hilmi Saadan dengan disaksikan bapa saudara pihak perempuan.

Pada majlis tersebut, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat.

Dalam pada itu, Sarah meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar serta dipermudahkan. Sarah berkata lagi, dia percaya Otto adalah lelaki terbaik untuknya dan mereka saling memahami kerana sama-sama berdarah kacukan.

“Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar seperti direncanakan. Saya percaya Otto lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami dan mampu membahagiakan saya hingga ke akhir hayat.

“Kami juga saling memahami kerana sama-sama berdarah kacukan,” katanya kepada Harian Metro.

Lebih bermakna lagi, di majlis akad nikah tersebut, Sarah menggayakan persalinan hasil rekaan ibunya, Che Arbi Hashim. Dalam pada itu, difahamkan majlis resepsi mereka belum diputuskan lagi.