Sanggup Habiskan Duit Demi Orang Gaji! Bos Kiriman Tuhan Ke Ni?
Background muzik video ni betul-betul menyentuh jiwa wehy. Itu belum tengok sampai habis lagi pasal video ni. Sebak pula rasa, bila orang yang sanggup jaga anak kita dari kecil sampai besar dengan baik, tiba-tiba terpaksa pulang ke pangkuan keluarga.
Kami dapat rasa apa yang CekYana rasa kan. Berat hati untuk melepaskan bibik pulang ke kampung demi untuk menjaga suaminya yang sakit. Yalah mana nak jumpa lagi bibik yang baik yang sanggup jaga anak-anak majikan seperti anak sendiri.
Bagi korang yang belum tahu, CekYana ni merupakan founder rempah Odeen Viral Cekyana. Sudah tentunya sibuk bekerja untuk memastikan produk jualannya berjaya memikat hati pelanggan. Dalam asyik kami layan video dance di TikTok, terjumpa pula video CekYana ni.
CekYana ni betul-betul majikan yang diidamkan, jika sebelum ini kami terjumpa video pasal CekYana sambut ulang tahun kelahiran BFFnya sehingga habiskan puluhan ribu ringgit.
@cekyanaaaa #fyp? Kenapa kita perlu buat baik? Org akan doakan untuk kita .. #tiktokmalaysia #SmileStrong2021 #foryoupage #food #love #romantic
Kali ini CekYana belanja pula bibiknya. Melalui video ni, bibik kesayangan CekYana ni terpaksa pulang ke kampung untuk menjaga suaminya yang sakit. Jadi untuk membalas jasa bibik, CekYana belikan pakaian untuk bibik dan keluarganya.
Tapi yang menarik perhatian kami, CekYana bukan sahaja berkongsi rezeki dengan bibiknya sahaja, malah dengan tuan kedai pakaian tu sendiri. Banyak betul CekYana borong baju di situ. Mesti tersenyum lebar tuan kedai. Bak kata orang tidur lena lah sebab jualan laku.
Tapi bukan nak cakap bila kita berkongsi rezeki dengan ramai orang ni, Allah akan buka luas lagi pintu rezeki untuk kita. Jadi tak salah pun kalau kita contohi nilai murni yang ada pada CekYana ni. Salute habis kami dengan sikap CekYana.
Tak mudah nak jumpa majikan macam ni, kalau korang dapat majikan macam CekYana ni hargai betul-betul. Bukan sahaja bagi gaji atas kerja kita, malah turut jaga kebajikan kita sebagai seorang pekerja.
tak habis lagiiiiiiiiiiiiii.. yana ni boleh je memberi tp sorok amalan
tp kalau x menunjuk, gelisah gamaknya
Betul aku pun nk ckp yg sama..x hbis2 lg ke? Iklan berbyr tunjuk keriakan..juara bertahan group riak apa hari ini..nk bg apa pun diam2 dahla..malas n bosan style marketing low class
Pakai niqab tp bongol unta tinggi..niqab nk tutup muka x comey ka? Nmpm mcm ala makcik2 gempal late 40s..
Berapa la founder ni bayar RK, asyik keluar cerita dia je. Founder pun asyik guna cheap marketing je, spend money acah2 super wealthy billionaire.
INGAT KAN ORANG JAHIL AJE RIAK…
YG WARAK BERBALUT PUN SAMA… HMMMMM…
ADUHAI….SOLERAMMMM….
Bosan lh ko ni..ninja riak..
Nak promote business, promote je la. Bagitau apa kelebihan kesedapan sangat oden kau. Ini 99% flaunting your wealth je.
jujur aku tak pernah dgr psal produk ni..kalo ade pon kat rotikaya ni lah. mmg glamer sgt ke??serius tnya..jualan juta2 ke..sbb tgk cara dia berbelanja mmg xnak kalah..