Alhamdulilah! Akhirnya, berita baik dari KWSP diumumkan buat anda yang ternanti-nantikan berita ini sejak dari #Belanjawan2021 lagi kan. Memang senyum sampai telinga jawabnya!
Dengan pengumuman terbaharu daripada KWSP ini, lebih ramai pencarum layak untuk memohon kemudahan i-Sinar, termasuklah anda!
KWSP Umum i-Sinar, Boleh Membantu Ke?
Mestilah membantu! Dapat juga lah tolong anda yang betul-betul terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk teruskan kelangsungan hidup. Dapat juga beli barang-barang dapur untuk isi rumah tu.
Memang tak dapat dinafikan, ramai yang terkesan dengan wabak pandemik ini. Hilang kerja, dipotong gaji, itu semua dah memang ‘perkara biasa’ yang kita dengar sekarang. Betul tak?
Jadi sekarang ni jangan risau, skim i-Sinar umpama ‘talian hayat’ untuk anda gunakan ketika dalam keadaan memerlukan macam sekarang ini!
Kalau Anda Tergolong Dalam 2 Kategori Ni, Anda Layak!
KWSP ada mengumumkan yang ada 2 kategori yang layak untuk pengeluaran dari Akaun 1 ni, jadi sebelum anda buat apa-apa, baca dan fahamkan dulu okay.
Kategori 1
Sekiranya
1. Anda kehilangan pekerjaan akibat COVID-19?
2. Anda suri rumah & telah lama berhenti mencarum?
3. Anda bekerja sendiri atau bekerja dalam ekonomi gig?
4. Anda diberi notis cuti tanpa gaji akibat COVID-19?
Anda layak buat pengeluaran Akaun 1 KWSP! Yang dah lama tak mencarum 10 tahun, 20 tahun pun tapi masih ada akaun pun boleh keluarkan. Secara automatik! Tak payah bagi dokumen, LULUS terus!
Amacam, bagus kan? Anda dah boleh mula memohon pada 21 Disember 2020 ini yer.
Kategori 2
Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, untuk anda yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas untuk jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa sejak 1 Mac 2020.
Kalau anda tergolong dalam kategori ini, anda boleh buat permohonan ya!
Macam Mana Pembayaran i-Sinar Dibuat?
Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 anda seperti berikut:
Anda yang ada baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
Anda yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
Permohonan i-Sinar Hanya Secara Online!
Untuk info anda, i-Sinar dibuka kepada 8 juta ahli yang layak. Dan permohonan hanya secara online sahaja. Nak mudahkan anda jugak, jadi tak perlu nak gerak ke ofis KWSP tu. Faham-faham je lah keadaan sekarang ni kan, nak kena selalu berjaga-jaga.
Kalau tak pandai nak mohon online, boleh minta bantuan dari anak-anak ke, atau rakan-rakan yang pandai bab internet ni yer. Tak susah pun nak isi.
Apa-apa pun ingat tarikh penting ini. Untuk anda yang tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020. Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
Gunakan Secara Berhemah!
Kita dah tahu KWSP ni adalah simpanan untuk hari tua, tapi itulah nak ke hari tua tu pun, kehidupan sekarang ni perlu juga lalui dengan baik kan. Nak nak pula bila masing-masing terpaksa hadap krisis yang berlaku di seluruh dunia sekarang ni.
Haa, bila dah boleh keluarkan duit KWSP tu buatlah perbelanjaan berhemah. Walaupun tak perlu dibayar semula, jangan pula anda tetiba beli telefon baru! Gunakanlah untuk benda sepatutnya okay?
Beli barang keperluan dan yang penting sahaja. Tak pun simpan untuk masa kecemasan. Harap-harap inisiatif ini dapat ringankan beban anda sekarang.