fbpx

Jika anda masih mencari-cari telefon pintar baharu untuk tahun ini, jangan pening-pening gais, realme 10 Pro 5G Series, Dare to Leap adalah telefon pintar yang kami rekomenkan untuk anda! Warna pun sangat trendy tau!

Kredit Imej: Jestinna Kuan

Walaupun dalam kategori premium mid-range, tapi telefon pintar canggih ini banyak menjadi ‘buah mulut’ ramai terutama fungsinya yang dah macam flagship!

Serius tak rugi weh, sangat berbaloi dengan spesifikasi dan juga harganya! Tak percaya? Sini kami terangkan pada anda, kalau tak takkan lah kumpulan pop wanita empat beradik, The Sara Sisters yang cantik manis ini ‘teracun’ dapatkan realme 10 Pro 5G Series ini.

Reka Bentuk Hyperspace X Sarah Sisters

Kredit Imej: The Sara Sisters

Macam yang kami cakap tadi, The Sarah Sisters pun jatuh cinta dengan realme 10 Pro 5G Series ni kan? Haa…inilah rahsianya, kerana reka bentuknya yang sangat memukau. Kalau dilihatkan rekaan belakangnya pun dah premium gais. Berkilau-kilau ditambah dengan glitternya pula, wah terus in love!

Ye gais, memang realme 10 Pro 5G Series ini fashion icon weh, kena sangat dengan gaya The Sarah Sisters tu. No wonder lah dorang memilih gajet ini sebagai pilihan pertama dorang. Ditambah pula dengan reka bentuk inovatif dan trendsettingnya pastinya mempersembahkan gaya The Sarah Sister!

Kredit Imej: The Sara Sisters

Paling menarik sekali adalah reka bentuknya yang diilhamkan dari terowong hyperspace menunjukkan pancaran cahaya dinamik glitter yang tersangat wow! Bila anda pusing sedikit telefon tu, memang glitter tu nampak sangat jelas. Nampak dia punya line akan keluar dari camera bump tu ianya akan menunjukkan cahaya terang dan berubah gais. Memang nampak sangat mewah!

Bateri 5000mAh & Badan Ultra Ringan & Nipis

Kredit Imej: Jestinna Kuan

Telefon pintar dibaluti dengan badan ultra ringan dan ultra nipis ini juga membolehkan anda memegang telefon dengan lebih mudah. Tambahan pula reka bentuk telefon ini didatangkan dengan bateri besar 5000mAh. Sangat tahan lama gais.

Kalau anda nak tahu realme melabur USD$15 juta untuk menghasilkan paparan telefon yang canggih dan mesra pengguna supaya anda dapat menggunakan fungsi telefon pintar ini dengan cara yang lebih mudah dan terbaik.

Paparan Lengkung Paling Kecil 2.33mm

Kredit Imej: Imran Bard

Selain itu, telefon pintar realme 10 Pro 5G Series dengan paparan melengkung memang sentiasa nampak mewah dan premium dengan reka bentuknya yang anggun. Bukan itu je, pengalaman cengkaman dalam tangan yang canggih dan melibatkan kos pengeluaran yang tinggi berbanding paparan rata ini juga menyebabkan realme 10 Pro 5G Series ini diminati anak-anak muda! Up-to-date gituh.

Kredit Imej: The Sara Sisters

Dengan itu, realme 10 Pro 5G Series memberikan harga yang lebih berbaloi dan dilengkapi bezel bawah paling nipis setebal 2.3mm dan Paparan Melengkung 120Hz bertaraf premium! Telefon pintar ini akan memberikan anda pengalaman visual yang lebih baik, tidak kira lah sama ada anda tengah scroll TikTok ke, menonton video atau main game online pun tiada masalah tau.

realme Dare to Leap ‘Join Sekaki’ Dalam Trend Inovasi

Kredit Imej: The Sara Sisters

Reka bentuk dan inovasi sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA jenama realme ini. Reka bentuk bergaya juga sentiasa digabungkan ke dalam peranti realme, kerana ia membawa aliran terkini yang digemari oleh golongan dewasa dan juga anak muda muda ke dalam industri teknologi, menggabungkan trend dan teknologi dengan lancar.

Daripada penjenamaan bersama Dragon Ball dan Naruto kepada telefon pintar yang direka oleh pereka Jepun terkenal dunia, Naoto Fukusawa, reka bentuk telefon unik realme ini telah berada di barisan hadapan dalam reka bentuk telefon pintar yang mengagumkan serta melengkapkan gaya hidup seharian pengguna.

Kredit Imej: Imran Bard

Untuk memacu reka bentuk ke hadapan dengan lebih jauh, realme terus membuat pelaburan besar dalam membina tiga Studio Reka Bentuk realme di seluruh dunia, di empat kawasan strategik dunia yang menjadi peneraju kraf mereka:
1. Shenzhen – China, pengkhususan dalam bahan dan kemasan reka bentuk telefon .
2. New Delhi – India, pengkhususan dalam interaksi manusia-mesin.
3. Paris – Perancis, pakar dalam penggunaan warna yang inovatif.

No wonder-lah ramai yang puji realme 10 Pro 5G Series ini!

Geng Fashionista Memang Love Punya lah!

Kredit Imej: The Sara Sisters

Satu lagi kelebihan utama realme 10 Pro 5G Series adalah kameranya! realme 10 Pro 5G Series didatangkan dengan kamera ProLight beresolusi 108MP dengan Seni Bina Pengimejan HyperShot, yang merangkumi komponen utama fotografi AI terkini, selain QuickShot, Image Fusion dan Super Nightscape.

Okay yang ni confirm geng-geng fashionista suka sebab kameranya adalah 108MP Pro light camera. Wow, anda bukan sahaja boleh selfie pelbagai gaya malah boleh merakam street photo atau gambar lifestyle seperti jurugambar profesional.

Storan Besar 24GB RAM + 256GB ROM

Dikuasakan menerusi Cipset Dimensity 920 5G, dan storan besar 24GB ditambah pula 256 ROM. Kalau anda nak tahu, teknologi Dynamic RAM Expansion dari realme ini boleh menukar ROM kepada ruang RAM untuk mendapatkan RAM yang lebih besar!

Kami pasti anda nak rakam video 4k atau main game online pun tiada masalah lagi dah. Anda nak simpan gambar memori banyak-banyak pun boleh gais. Buat kenangan kan.

Kredit Imej: Jestinna Kuan

Kelajuan Pengecasan 67W Terpantas!

Bateri besar paling tipis serta pengecasan terpantas, so jangan risau bateri cepat ‘kering’ nak menonton video Tiktok, FB, IG dan main game online tu lagi dah. Pasti memberikan pengalaman terbaik untuk anda!

Hebat kan kesemua fungsi realme 10 Pro 5G Series ini, jadi apa tunggu lagi?

realme 10 Pro 5G Series secara rasmi sudah dijual di kedua-dua Kedai Dalam Talian Rasmi realme Malaysia di Shopee dan Lazada, serta Kedai Jenama Rasmi dan Penjual Sah mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang realme 10 Pro 5G Series, sila layari Facebook rasmi realme Malaysia. Happy shopping gais!