fbpx

Sangat Membantu! Ramai Gembira Dengan BPN 2.0, Anda?

Gais, perasan tak kita ni dah ‘hidup’ dengan COVID-19 ni dah hampir 7 bulan! Sekarang dah November, tak lama lagi dah muncul 2021. OMG! Cepatnya masa berlalu. Dalam tak sedar pun kita dah terbiasa dengan norma baharu sejak COVID-19 muncul di negara kita sejak Mac lalu kan?

Memang kami akui perubahan yang mendadak terjadi kat negara kita ni. Semua ‘panik’. Tak tahu nak kawal macam mana. Tapi Alhamdulilah, PM kita cepat buat keputusan dan kawal negara kita dari menjadi lebih teruk walaupun kes COVID-19 masih ada.

Bukan itu jer, ekonomi negara pun makin meruncing. Dan disebabkan ini, ramai yang hilang kerja. Anda bayangkanlah orang lain yang lebih memerlukan pekerjaan demi nak bagi anak bini makan. Bila dah hilang kerja, apa yang boleh dilakukan lagi?

Bantuan Yang Sangat Dialu-alukan

Suara rintihan kita semua ni didengari oleh kerajaan. Dan sebab itulah mereka wujudkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Banyak plan yang mereka usulkan. Antaranya Bantuan Prihatin Nasional bagi membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan B40. Alhamdulilah.

Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat #KITAPRIHATIN juga diwujudkan untuk mengurangkan beban rakyat, mengekalkan pekerjaan dan membantu perniagaan terutamanya PKS.

Bantuan ini pun sebenarnya amat dialu-alukan oleh kita semua yang mana sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi masa ini kan. Kalau anda nak tahu, sebanyak RM10 bilion telah pun diperuntukkan untuk bantuan ni. Banyak tu…

Cukup Ke?

“Eleh takat berapa ratus jer bagi, mana cukup!” Haa mesti ada jugak suara-suara yang tak puas hati dengan jumlah bantuan yang diberi ni. Ish-ish tak patut. Cuba anda bayangkan ramai yang memerlukan duit ketika ini tau. Walaupun RM10 tapi sangat bermakna untuk sesetengah orang. Belajar bersyukur!

Anda perlu tahu ramai yang terkesan dengan bantuan yang diberikan ni tau. Antaranya peniaga kecil, mereka ni jadikan duit BPN sebagai modal untuk berniaga. Sama jugak untuk geng-geng bujang. Ada antara mereka yang hilang kerja pun dah mula berniaga secara kecil-kecilan. Dengan bantuan ni jugaklah mereka buat pusing modal. So anda yang tak reti bersyukur tu baik duduk diam.

Bantuan yang diterima ni juga sebenarnya digunakan untuk kehidupan seharian. Mana yang berkeluarga mereka gunakan bantuan ni untuk beli barang dapur. Sangat membantu bagi mereka yang terkesan dengan COVID-19!

Untuk info anda, menerusi BPN 2.0, kumpulan penerima pertama iaitu isi rumah B40 akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.

Kumpulan ketiga adalah 1.4 juta isi rumah M40 yang akan menerima RM600, sementara 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima RM300.

Hah! Kalau saja-saja duit ni nak ke datang kat anda? Takdenya. Jadi bersyukurlah dan berdoa supaya COVID-19 ni hilang selamanya dan kita dapat teruskan hidup seperti biasa.