fbpx

Sandra Dewi Lancar Aksesori Sendiri Sempena Hari Lahir Ke 28

Selebriti bergelar pelakon & pengacara terkenal Indonesia, Sandra Dewi baru sahaja menyambut ulangtahun beliau yang ke-28 semalam.

Sandara Dewi yang membuat majlis sambutan hari lahir di EX Plaza, Jakarta ini turut melancarkan koleksi aksesori sebagai cabang perniagaan beliau.

Koleksi aksesori yang di’beri nama Sandra Dewi Secret Garden ini di’inspirasikan dari minat Sandra Dewi sendiri dalam pemakaian aksesori sebagai hiasan peribadi.

Sandra Dewi mengakui yang ramai bertanyakan samada beliau beminat untuk menjalankan perniagaan dan pada usia 28 tahun ini beliau rasa inilah masa yang sesuai untuk mencuba sesuatu yang baru.

Aksesori dalam koleksi Secret Garden di’hasilkan menggunakan silver bermutu tinggi & akan di’jual secara online kerana Sandra Dewi percaya ada pasaran yang luas untuk aksesori beliau selain harga yang kompetitif & kualiti yang terjamin.

Sandra Dewi turut mengakui yang beliau kini rapat dengan seseorang dalam dunia perniagaan & banyak belajar selok belok dengan lelaki ini. Namun, masih belum memikirkan untuk jangka panjang.