fbpx

“Sanding Semula Untuk Tunai Hasrat Arwah Ayah”

Melangsungkan majlis persandingan semula semalam, Datuk Fazley Yaakob memberitahu ianya dibuat diatas permintaan arwah bapanya yang mahukan majlis mereka dirai dengan penuh kegembiraan, bukan seperti 13 tahun dulu.

BACA: Fazley Yaakob Naik Pelamin Kali Kedua November Depan

“Malam ini, marilah kita lupakan sejarah 13 tahun lalu. Seminggu sebelum bapa meninggal dunia, arwah menggenggam tangan kami dan mengingatkan mengenai majlis ini. Pada usia 40 tahun, saya dan isteri memiliki empat anak”

“Alhamdulillah, majlis hari ini lancar. Tiada yang lebih membahagiakan saya persandingan semula ini dapat disaksikan keluarga. Apa yang kami lalui hari ini pembuka lembaran baharu dan menutup tirai duka 13 tahun lalu,” katanya.

Turut meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 13, Fazley dan isteri sepakat untuk bersanding semula. Lebih menarik video perkahwinan pertama mereka pada tahun 2005 serta ucapan istimewa arwah bapa turut ditayangkan.

Pastinya tidak tergambar perasaan pasangan ini selepas suka duka dilalui 13 tahun dulu ketika berkahwin. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis persandingan semula pasangan ini. Enjoice! (rtky/w)