“Sampai Mati Pun Saya Takkan Tinggalkan Kerjaya Lakonan” – Nabila Huda
Tahniah diucapkan buat pelakon berbakat besar, Nabila Huda yang memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik menerusi telefilem Jeti arahan Janna Nick.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nabila meluahkan rasa syukur di atas kemenangan di Anugerah Seri Angkasa yang berlangsung baru-baru ini.
BACA: PU Syed Bidas Nabila Huda Isu Konsert Blackpink
“Dan pertama kali saya dapat trofi dan dapat duit belanja. Rezeki bulan ni memang mind blowing. Anjurkan konsert sold out, dapat pula dinobatkan sebagai pelakon pembantu terbaik. Syukur Alhamdulillah.
“Terima kasih Anugerah Seri Angkasa, juri-juri, RTM sebab memilih Abil sebagai pelakon pembantu wanita terbaik drama untuk tahun ini.
“I memang tak sangka betul, sumpah demi Allah saya tak sangka sebab Abil tercalon dengan mereka yang sangat Abil respect, sayang, semua senior saya, yang Abil bekerja dengan mereka sejak Abil kecil lagI,” tulisnya.
Nabila turut menitipkan penghargaan buat mereka yang tidak berhenti menyokong kerjaya seninya sejak awal hingga sekarang serta tidak akan meninggalkan kerjaya lakonannya sampai bila-bila.
“Terakhir sekali Abil nak cakap terima kasih kepada anda semua, yang sentiasa menyokong saya daripada awal sampai sekarang yang lihat saya bekerja keras untuk karier saya, yang mana boleh rasa kejujuran saya dalam industri ini tanpa ada ada niat lain.
“Saya nak anda semua tahu yang saya sangat cintakan profesion saya ini. Saya terlalu sayang kerjaya saya. Sampai saya mati pun saya takkan tinggalkan kerjaya saya.
“Takkan saya berhenti menjadi seorang pelakon sampai bila-bila, takkan terjadi, saya akan sentiasa membuat perubahan lakonan saya sampai akhir hayat saya, Terima kasih,” tulisnya.
- SUMBER
- Xtra
Nabila, tak baik cakap begitu. Aku nasihatkan ko tarik balik kenyataan tu krn ko tak rasa nyesal ke kalau ko mati sedang berlakon lebih2 lg ketika melakukan aksi ghairah. Mintak dijauhkan.
Dh mati nnti sibuklh yg idup ni pakaikn tudung kt gambo2 ko..padahal tuan bdn yg nk sedekah..
amboiii minah nie riak nak mamposss! Kalau dlm set pengambaran bukan main level diva @ perasan diri bagus sangat! Dah level ko takat tu aja abill ooiii & paling tidak pun kalau X ada tawaran belakon satu hari nanti buka gerai pun ok lah. Jgn pulak menyalahkan penceraian ibu/bapa membentuk sapa @ bagaimana kehidupan awak! Last2 bini papanya kena serang @ maki hamun sekali!
Dia ckp mcm tu sebb nk sakitkan hati netizen la. Kdg org tu sja ckp mcm tu tp kat hati dia lain.
@Jgn Sibuk Hal Org La, Manusia, betul tu apa yg ko kata. Sama mcm aku bila aku kecam kutuk kawkaw retis2 yg kuar dlm blog ni, dlm hati aku lain, aku sebenarnya suka dan sayang ngat dgn mrk.