PU Syed Bidas Nabila Huda Isu Konsert Blackpink
Baru-baru ini, pelakon Nabila Huda ada berkongsikan pendapatnya berhubung cadangan membantah penganjuran konsert penyanyi antarabangsa di negara ini sebagai langkah tidak matang.
Perkongsian Nabila itu mendapat perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed yang membidas kenyataan pelakon itu.
BACA: PU Syed Ajak Berhimpun Bantah Konsert Blackpink Di Kuala Lumpur
Menerusi satu perkongsian dimuat naik di TikTok, PU Syed menjelaskan kematangan seseorang itu terletak kepada kefahaman mereka terhadap perintah dan larangan Allah
“Saya tetap dengan pendirian menentang kemungkaran yang berlaku dalam negara kita, Malaysia. Kita tak mahu menjadi punca kemaksiatan kepada Allah.
“Bukan bermakna tentangan ini kita tidak matang tetapi kita matang dalam menilai sesuatu itu baik atau buruk,” katanya.
@pu_syed matangnya seseorang diukur bila patuh dan taat segala tegah dan larangan Allah!! selagi ambe bernafas..selagi itu ambe takkan duduk saja melihat kemungkaran berlaku..di depan mata . #adeambetakut
Dalam pada itu, PU Syed menjelaskan hidup kita ini bukan lakonan semata-mata tetapi ketetapan daripada Allah dan mengikut perintah-Nya.
“Puan Nabila mungkin terlebih matang bila mana tuntutan Allah untuk menutup aurat masih lagi gagal dilaksanakan kecuali dalam lakonan semata-mata.
“Hidup kita bukan lakonan, hidup kita adalah suatu ketetapan daripada Allah dan ada perintah-Nya yang perlu kita laksanakan. Ada larangannya yang perlu kita tinggalkan. Maka muhasabah diri Puan Nabila. Jangan meludah ke langkit, takut merecik ke muka sendiri,” katanya.
Terdahulu, PU Syed mengusulkan untuk membantah konsert kumpulan Kpop, Blackpink yang dijangka akan diadakan pada Mac tahun hadapan.
Terbaik ustaz.. itu yang kita mahukan. Bidas je selagi boleh. Kejap lagi menggelupur semua artis yang tak pakai tudung terasa dengan apa yang ustas cakap hahahaha. Biorkan aje ustaz. Deme tu yang buruk di puji. Pelik bebenor.
Dia anak penyanyi rock, ya pak ustad.
Kehidupannya sedari awal udah begitu..
emang sedih sekali.
Benaran kan.
Banding pak ustad doa in sama dia..agar bisa berubah jadi wanita solehah.
Maksiat mana kenal agama, bangsa atau asal usul negara setat weh! Ko berckp mcm laa konsert artis omputih je haram pd hal kalau org melayu islam yg buat konsert tetap laa jugak haram! Main pilih2 plak ko punya hukum dari mana ko belajar PU weh?!!!
Pak ostad pun boleh sentap ye? Macam dia sorang yang bantah. Cepat terasa pulak dia kahkah. Ala pak ostad jangan jumud sgt please. Kau guna soc med mcm facebook tu pun yahudi yang punya. Sembang kari je kau. Betul dah nak dakwah tapi apsal selalu nampak very selective? Bising kat social media je. Kerjanya asyik hentam orang. Rasullullah buat macam tu ke? Orang sekarang ni keras2, kalau keras juga kau tegur siapa nak dengar? Noob punya ostad jadian
Kpooper sentap. booo
tgk pakaian dia pn of coz sokong konsert2 melalaikn…
walaupn aku pn x berkenan ngn ustaz ni tp kali ni aku stuju pendpt ustaz
kalu orang tegur untuk kebaikan cubalah terima ngan hati yang terbuka. kalu tak setuju dengan pandangan dia its ok, tapi senyap je lah……. simpan je lah untuk diri sendiri.
Sokong ustaz. Konsert tu mencetus maksiat bila lelaki perempuan bergaul. Dunia nk akhir zaman, umat Muhammad menyokong yg mungkar.
Duit tu derma lah pd mangsa banjir saudara kita di Pakistan tu, Nabila… Betul tak Nabil…?!!
dunia ni tempat ujian, maksiat benda haram semua tu terletak dkt tangan individu. tak suka, jangan pegi. suka, pegi. dosa tanggung. muhasabah diri balik masing masing
Sembang kencang pak2 ustaz ni. Geng geng dia buat hal/kontroversi/sexual allegations bersepah xde pulak nk bising. Bila bab2 konsert hiburan cakap itu ini lol hypocrite!