Pelakon Lufya Omar sebelum ini pernah menasihati Puteri Sarah untuk terus mempertahankan hubungan bersama suami, Syamsul Yusof ketika rumah tangga mereka dilanda badai.

Bagaimanapun, Lufya kini berharap Puteri Sarah dapat membuat membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri dan serta mengutamakan kebahagiaannya sebelum memikirkan tentang orang lain.

BACA: “Buat Apa Nak Saman Jawi? Mengaku Sajalah” – Puteri Sarah

Lufya menitipkan pesanan itu diruangan komen di satu perkongsian yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di Instagram baru-baru ini.

“Dulu aku suruh kau bertahan kan, sekarang aku rasa kau dah kena buat keputusan untuk kebahagiaan diri kau sendiri dulu baru fikirkan yang lain. Sampai bila nak merana kan. You deserve to be happy with someone who can appreciate you,” tulisnya.

Komen Lufya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan Lufya supaya Puteri Sarah mencari bahagia bersama anak-anak.

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular dakwaan suaminya Syamsul Yusof didakwa sudah bernikah dengan Ira Kazar. Bagaimanapun, Syamsul mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.

×