fbpx

“Buat Apa Nak Saman Jawi? Mengaku Sajalah” – Puteri Sarah

Hangat diperkatakan mengenai dakwaan Syamsul Yusof didakwa sudah berkahwin dengan Ira Kazar, pengarah tersebut memaklumkan mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Perkara itu turut mendapat perhatian isterinya, Puteri Sarah yang dilihat memuat naik status di Insta Story mengatakan inilah masanya untuk Syamsul mengaku gosip dirinya yang didakwa sudah berkahwin.

BACA: Syamsul Yusof Nak Saman Jawi RM10 Juta

“Jadi betullah gosip itu? Ok mengaku sajalah kan. Inilah masanya untuk anda mengaku segalanya,” tulisnya.

Dalam satu lagi perkongsian, Puteri Sarah turut mempersoalkan tindakan saman yang mahu diambila oleh Syamsul terhadap Jawi 

“Benda macam ini tiba-tiba muncul. Tiba-tiba nak saman. Untuk apa? Benda baik tu baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk terhadap keluarga anda sendiri,” tulisnya.

Sebentar tadi, Syamsul memuat naik kenyataan mahu menyaman Jawi berjumlah RM10 juta yang didakwa telah mengeluarkan satu kenyataan fitnah bahawa dia sudah berkahwin lagi.