fbpx

Kami yakin pasti ada segelintir di antara korang yang pernah merasa peritnya menganggur tapi ada juga yang enjoy je duduk rumah goyang kaki. Persoalannya sampai bila? Sampai bila nak hidup relax tapi poket kosong. Takkan nak mengharap parents lagi?

Come on, korang memang kena bangun untuk ubah hidup korang. Yang cakap susah nak dapat peluang pekerjaan sebab tak ada kemahiran tu, baca sampai habis. Maklumlah zaman sekarang nak kerja je majikan akan tengok bab sijil dan kemahiran dulu.

Tak apa jangan risau, kami ‘payung’ korang beberapa kemahiran yang membolehkan korang bertambah laku. Yang pastinya, bila korang join je sini korang tak payah fikir mana nak cari pekerjaan sebab penempatan pekerjaan disediakan..OMG what? Betul tu. Korang belajar je dulu. 

Kalau korang nak tahu, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) menawarkan pelbagai program pembiayaan akademik (Peneraju Tunas), pensijilan TVET (Peneraju Skil), profesional (Peneraju Profesional), teknologi (Peneraju Teknologi) dan spesialis (Peneraju Spesialis) yang dapat memberikan satu sinar baru dalam hidup korang.

Lebih 50,000 individu dari pelbagai segmen Bumiputera di seluruh Malaysia termasuk kumpulan B40, M40, luar bandar dan terpinggir dah berjaya mendapat pembiayaan pendidikan demi merealisasi aspirasi mereka.

Jangan tak tahu, sekarang ni Yayasan Peneraju sudah kembangkan kumpulan sasaran program untuk memberi peluang kepada lebih ramai individu yang layak seperti:

  1. a) Lepasan Sekolah (Lepasan PT3/SPM yang berumur 18 – 25 tahun)
  2. b) Lepasan SKM dan Pelajar Tahun Akhir IPT (SKM Level 3 atau Pelajar tahun akhir Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berumur 18 – 25 tahun)
  3. c) Siswazah (Lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang berumur 19 – 35 tahun dengan pengalaman kerja 3 tahun ke bawah)
  4. d) Individu Bekerja/Tidak Bekerja (Sedang bekerja/diberhentikan kerja yang berumur 21 – 45 tahun dengan pengalaman kerja 3 tahun ke atas)

Korang tak payah risau, pensijilan TVET (di bawah Peneraju Skil) yang ditawarkan confirm diiktiraf di peringkat industri dan/atau antarabangsa, seiring dengan trend dan demand industri. 

Bergantung kepada program yang korang mohon, pembiayaan termasuk yuran latihan, pensijilan dan peperiksaan ditanggung, elaun, penginapan, pengangkutan, makan dan minum, Program Pemupukan dan Pembangunan (Nurture and Development Programme) dan bantuan kewangan sekali beri (bagi kategori individu bekerja atau tidak bekerja). Tak payah nak fikir apa-apa. 

Bukan tu sahaja, Yayasan Peneraju juga memastikan penerima faedah mereka dilengkapkan dengan kemahiran insaniah dan sahsiah di samping kemahiran serta ilmu teknikal yang diperlukan oleh pasaran demi meningkatkan kadar kebolehpekerjaan. Ni lah yang dimaksudkan dengan Nurture and Development Programme tu.

Jadi untuk korang yang dah lama menggangur tu atau yang diberhentikan kerja boleh cuba apply program-program dari Yayasan Peneraju. Permohonan dibuka sepanjang tahun untuk pengambilan 2022 dan 2023. Tempat adalah TERHAD! 

Bagi korang yang nak tahu syarat lebih detail, korang boleh layari https://yayasanpeneraju.com.my/program/peneraju-skil/ atau ikuti laman media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn @YayasanPeneraju.

Nota: Terma & syarat dan skop pembiayaan adalah berbeza mengikut program. Maklumat adalah sahih ketika artikel ini disiarkan dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.