fbpx

Bercakap bab internet ni, memang semua orang akan terikat dengan internet dalam era kemajuan sekarang. Senang cerita adik-adik kita yang sekolah rendah tu pun dah pandai berjinak-jinak dengan tik tok lah, Facebook lah dan semua ini memerlukan data internet dengan kelajuan yang paling wow.

Tapi persoalannya sampai bila nak habiskan duit saku sekolah tu untuk top-up semata-mata. Kalau tak budak sekolah pun, tu ha ibu ayah kita yang jarang sekali buka data. Tapi bila ada masa terluang akan ada juga untuk tengok whatsapp lah, video call dengan anak-anak di perantauan. Banyak lagi lah yang boleh buat dengan telefon bimbit ni.

Sebulan Habis Berapa Ringgit Untuk Beli Internet?

slow internet

Nak juga lah kami bertanya, sebulan agak-agak berapa ringgit yang anda habiskan untuk beli data sahaja. Itu belum termasuk dengan top-up untuk call and sms lagi tahu. Mesti puluhan ringgit kan?
Tambah sekarang musim COVID-19 lagilah banyak masa terluang dan confirm telefon tu akan melekat di tangan sentiasa untuk layari internet. Kami yakin yang anda telah habis banyak duit untuk beli data. Jangan tipu!

Rasa Rimas Nak Kena Hotspot Phone Je Selalu?

slow internet

Kalau anda tak beli data pun, anda mesti rembat phone adik beradik anda yang data diorg melimpah ruah kan? Tapi tak rasa rimas ke? Asal nak guna data ja mengemis dengan adik-beradik sendiri untuk buka hotspot. Katakan kalau orang yang anda rajin guna hotspot tu keluar ke mana-mana. Jadi anda pun mati akal lah kan nak guna internet?

Kalau Bateri Phone Habis, Internet Pun Down

slow internet

Kadang ada juga di kalangan pengguna telefon pintar ni yang tak menggunakan postpaid sebab sayang duit nak bayar bulan-bulan. Katanya takut bil melambung. Lebih baik guna prepaid, tarikh tamat top-up. Tapi bila guna prepaid tak ke anda rasa kalau bateri phone anda nyawa-nyawa ikan, internet pun mula bertukar macam siput. Kalau tak percaya nanti cuba anda tengok sendiri. Lemah rasa nak menunggu satu-satu page tu loading lama.

Kelajuan Yang Tak Konsisten

slow internet

Bab ni si pengguna prepaid pasti pernah merasakan. Walaupun baru ja beli data, tapi alahai kelajuan dia boleh buat kerja lain dulu baru nak boleh dapat page yang kita nak. Situasi sebegini kerap terjadi bila waktu sesak seperti Hari Raya. Bila sudah jadi seperti ini, mula lah nak berungut data lambat lah padahal baru ja top-up. Asal ada masalah telekomunikasi ke? Macam-macam lagi lah persoalan yang keluar dari mulut tu.

Nak Selamat Dan Tak Nak Pening Kepala, Pasang Ni Sahaja Kat Rumah

Cara penyelesaian yang anda boleh atasi untuk masalah di atas tu sangat lah senang. Cuma kadang-kadang anda tak terfikir dan sibuk beli top-up ja. Paling mudah dan senang kalau anda nak internet sentiasa laju dan tiada had, pasang sahaja unifi di rumah. Hilang semua masalah line siput anda tu.

unifi

Lagi menarik dengan unifi ni, anda boleh daftar 30 hari unifi percubaan mereka. Fuh siapa tak nak. Lagi-lagi time #sTayhoMe ni lah anda boleh test dulu line unifi okey ke tak dengan anda.

unifi

Tapi memang ni lah yang ramai mencari, nak ada data internet sentiasa biar #stayconnected lah orang kata. Senang kerja kali tu sebab jalur lebar internet anda tanpa had. Nak video call ke, meeting online ke, study online ke, tengok resepi masakan untuk juadah Hari Raya nanti pun semuanyanya senang lah. Tak payah tunggu loading lama-lama.

unifi

Lagi tip-top dengan unifi ni, bab pemasangan dia. Fuh memang dijamin selamat lah. Dengan wayarnya yang halus dan diletakkan di tempat yang betul oleh staf pemasangan unifi ni akan buat anda lebih terjamin. Senang cerita kalau ada anak kecil pun tak perlu risau bab wayar unifi ni. Semuanya dipasang dengan rapi dan tempat yang tinggi.

unifi

Syarat untuk anda sentiasa #stayconnected di rumah tu mestilah ada unifi. Kalau tak ada unifi mereput lah anda tunggu page loading lama-lama. Time PKP ni rasa macam malas nak tunggu page loading sebab ya lah, phone dah melekat kat tangan apa lagi nak buat layari internet lah.

unifi

Bab pelan ansuran dengan unifi ni pula paling mudah dan best bila anda nak add on mesh Wi-Fi untuk dapat liputan yang lebih laju dan dan terbaik di rumah anda. Plan plan yang unifi tawarkan semuanya mampu milik dan berbaloi sangat dengan data internet tanpa had tu.

Bila anda unifi di rumah ni, semuanya mudah dan paling best rasa cepat ja nak tengok satu satu page tu. Nak buka YouTube untuk anak-anak pun tak sangkut-sangkut lagi.

unifi

Kalau anda nak tahu lebih laju mengenai unifi, anda boleh layari laman rasmi unifi ,Facebook dan Instagram unifi. Cepat-cepat daftar sementara unifi tengah tawarkan perkhidmatan pasang dahulu selama 30 hari baru bayar. Dah nak raya ni, jika and bergantung dengan prepaid jawabnya mood anda confirm swing. Pilihan di tangan anda!