fbpx

Bercakap soal rumah sewa ni, pasti ramai di kalangan anda yang kini sedang membayar sewa rumah dan rata-ratanya pernah menanam niat untuk memiliki rumah idaman sendiri bukan?

Lihat sahaja rumah orang lain yang tersergam indah, terdetik di hati ‘cantiknya rumah tu bilalah aku boleh dapat rumah macam ni’. Dialog seperti ini pasti pernah menyinggah di minda anda bukan?

Muda-muda dah bayar duit sewa rumah, nak jimat sikit buat pilihan tinggal dengan mak ayah. Tapi apakan daya kenaikan kos sara hidup ramai antara kita memilih untuk menyewa rumah berbanding membeli rumah sendiri di usia yang muda ini.

Kami yakin ramai di antara anda yang akan tertanya-tanya sebelum membuat bayaran sewa beli rumah di sesuatu tempat.

Antara perkara pertama yang bermain di minda anda adalah persekitaran tempat sewa bukan? Yalah nak jugalah kan tahu sama ada kita tinggal di tempat yang selamat ataupun tidak.

Lepas tenung setiap inci persekitaran rumah sewa baru anda dan anda pun berpuas hati, pasti anda akan masuk ke rumah contoh untuk lihat sendiri mutu pembinaan rumah sewa bukan.

Dalam banyak-banyak perkara yang anda ambil kira untuk sewa rumah baru pasti anda terfikir juga mengenai kemudahannya bukan.

Yalah sekiranya anda tinggal dia kondo ternyata anda akan dapat kemudahan seperti gym dan kolam renang siap boleh menikmati kemudahan ini lagi. Tidaklah bazir wang anda untuk hari-hari bayar duit untuk pergi ke gym lagi!

Sewa rumah mungkin satu perkara yang mudah untuk anda untuk memiliki rumah dalam tempoh masa yang singkat tanpa mengeluarkan lebih banyak wang pendahuluan seperti membeli rumah.

Lebih menarik lagi anda sendiri berhak memilih aset hartanah anda. Jika tak sesuai dengan rumah sewa sekali pun, boleh keluar sahaja dan cari rumah baru. Biasanya jika anda membeli rumah, nak tak nak, sesuai atau tidak, anda harus menetap di situ sampai bila-bila bukan?

Tapi persoalannya, sampai bila anda ingin menyewa rumah dan anda tidak teringin ke nak ada rumah sendiri dan dalam masa yang sama tidak akan membebankan anda.

Jangan risau kami akan kongsikan dengan anda cara paling mudah untuk anda memiliki rumah sendiri. Yang pastinya dengan cara ini impian anda akan jadi kenyataan!

EcoWorld melancarkan skim perumahan yang dapat merealisasikan impian anda memiliki rumah pertama iaitu program Stay2Own*.

Dengan program Stay20wn* anda dapat memiliki rumah sendiri dengan berkonsep sewa-milik, anda boleh menyewa rumah idaman anda sehingga 5 tahun sebelum buat keputusan untuk membeli rumah tu.

Siapa tak nak kan? Kemudahan yang ditawarkan oleh program EcoWorld inilah yang sudah lama dicari-cari oleh generasi sekarang! Dapat tinggal di rumah idaman tanpa komitmen yang tinggi, tiada permohonan pinjaman (loan) diperlukan, dan kos awal deposit sewa 3 bulan yang rendah. Memang jadi idaman ramai lah!

Yang paling menarik mengenai program Stay20wn* adalah anda akan dapat mengunci harga harta sekarang dan menikmati tinggal rumah anda selama 5 tahun kemudian hanya membuat keputusan untuk membeli (menukarkan dari perjanjian sewa kepada perjanjian sewa beli).

Sekiranya anda hitung semula duit yang anda bayar sewa rumah sahaja sebelum ini mampu buatkan anda sudah lama memiliki aset penting ini.

Pilihan untuk membeli boleh dibuat selepas tahun pertama. Sekurang-kurang 30% daripada sewa yang sudah dibayar anda boleh jadikan ia sebagai deposit rumah anda, sekiranya anda membuat keputusan untuk membeli.

Jadi tak perlulah susah payah kumpul modal yang banyak untuk dapat rumah idaman anda. Dengan program Stay20wn* ini sahaja impian anda akan jadi kenyataan. Yang pastinya itu aset anda selamanya. Segala yang anda bayar sebelum ini tidak terbakar begitu sahaja.

Nampaknya lepas ini lebih ramailah yang memiliki rumah sendiri! Bestnya boleh deco rumah sendiri sepuas hati.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Stay2Own* ini layari laman rasmi EcoWorld untuk miliki rumah idaman anda! Inilah masanya untuk merealisasikan impian anda.