Sambutan Luar Biasa, Konsert Inteam Tukar Lokasi Lebih Besar

Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun kumpulan Inteam akan bertukar lokasi ke IdealLive, Petaling Jaya bagi menampun lebih ramai jumlah penonton susulan sambutan luar biasa daripada peminat.

Perkara itu dikongsikan oleh Inteam sebentar tadi yang memaklumkan keputusan itu dibuat selepas jualan tiket konsert habis dijual dalam tempoh dua jam.

BACA: Inteam Akan Bantu Anak-Anak Suhaimi Saad

“Kami tidak menyangka sambutan sebegitu hebat. konsert dipindahkan ke lokasi yang lebih besar. Tiket habis dijual dalam masa yang singkat.

“Memang ada cadangan awal untuk buat dua malam di lokasi sebelum ini tetapi disebabkan kekangan jadual, kami memuktamadkan dengan satu malam sahaja,” katanya.

Sementara itu, Inteam berkata pembeli tiket terdahulu tempat duduk mereka akan dipindahkan ke zon istimewa dan terhad di lokasi baharu. Inteam turut memaklumkan tarikh konsert juga telah ditukar kepada 28 September.

“Pihak urus setia juga akan mengesahkan tempat duduk serta membuat pemakluman berkenaan dalam masa terdekat. Tambahan pula, pembeli awal akan menerima hadiah istimewa daripada Aplikasi Khair,” katanya.

Difahamkan, jualan tiket baru akan dibuka bermula 14 Jun depan menerusi platform Ticket Empire dan boleh didapati melalui laman rasmi konsert di www.kasihkekasih.com.

SUMBER: Utusan Online

×