Menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat semalam, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memuat naik coretan romantis buat isterinya, Bella Astillah sempena hari istimewa itu.

Menerusi perkongsian itu, Aliff menyatakan rasa rindu dan syukur kerana memiliki isteri sebaik Bella. Kata Aliff lagi, dia masih belum menjadi suami yang sempurna namun dia akan mencuba sebaik mungkin.

BACA: Aliff Aziz Mengaku Salah Mencuri, Berkelakuan Tak Senonoh

Kata Aliff lagi, dia berharap agar wabak pandemik COVID-19 akan segera berakhir suapaya mereka sekeluarga dapat bersatu semula seperti sedia kala. Difahamkan, Aliff kini berada di Singapura bersama keluarganya.

“Hari ini menandakan ulang tahun ke-4 untuk kita sayang. Saling mengenali selama 7 tahun dan menempuh banyak rintangan bersama sejak itu.

“Saya belum menjadi suami yang sempurna tetapi Allah memberkati kami untuk terus kuat. Dengan adanya anak-anak kami, saya berdoa wabak ini segera berakhir dan saya dapat bertemu mereka. Semoga tahun-tahun mendatang untuk kita lebih diberkati. InsyaAllah… I love you,” tulisnya.

Diruangan komen rata-rata netizen turut mengucapkan selamat ulang tahun buat pasangan itu serta mendoakan perkahwinan yang dibina akan berkekalan sehingga ke syurga.

Aliff Aziz dan Bella Astillah mendirikan rumah tangga September 2016 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Mei tahun lalu. Namun, mereka kembali rujuk semula ketika berada dalam tempoh edah.