fbpx

Sambut Hari Lahir Dengan Jejaka Misteri, Hidayah Dah Ada Kekasih?

Perkongsian balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Hidayah Abam menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dia menyambut hari lahir bersama seorang lelaki.

Menerusi video tersebut, Hidayah bersama jejaka itu makan di sebuah restoran steamboat terkenal dan keduanya duduk bersebelahan namun wajah jejaka itu ditutup dengan emoji.

BACA: Achey Harap Kemelut Ali Puteh & Hidayah Berakhir Aidilfitri Ini

@hidayah_hamzah

Terima kasihhhh semua yang mendoakan Birthdayyyy sayaaaaa thanksss hadiahhh ??????#happybirthday #turn33

? Terima kasih atas segalanya – Arnas_19?

Hidayah turut berkongsikan menerima sepotong kek dengan tulisan ‘Happy Birthday’ serta menulis kapsyen ringkas pada gambar tersebut dengan ucapan terima kasih dengan emoji bentuk hati.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen agar Hidayah dipertemukan dengan jodoh yang baik serta diberikan kebahagiaan buatnya serta anak tunggalnya, Hamzah.

Untuk rekod, Hidayah mendirikan rumah tangga engan Abam Bocey pada 8 Disember 2017. Pasangan ini dikurniakan seoranG anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

SUMBER: Ohmymedia