fbpx

Achey Harap Kemelut Ali Puteh & Hidayah Berakhir Aidilfitri Ini

Pelawak Achey Bocey berharap kemelut antara Ali Puteh dan kakak iparnya iaitu Siti Nor Hidayah dapat diselesaikan dengan segera.

Memetik mStar Online, Achey berkata dia dan Fad bukan berdiam diri sebaliknya tidak mahu masuk campur urusan berkenaan kerana ia membabitkan hal keluarga.

BACA: Hidayah Tunjuk Surat Mahkamah, Kes Dengan Keluarga Ali Puteh Belum Selesai

“Saya dan Fad bukan berdiam diri saja tapi kami doa daripada jauh untuk membantu dan menziarah kami tunggu semua kemelut ini selesai walaupun lama sebab ia melibatkan urusan keluarga sedangkan kami hanya orang luar.

“Saya boleh bercakap hanya luaran saja sebab memang tak layak kerana orang luar, kalau dah selesai macam-macam kami sudah rancang untuk ziarah semua dan kalau boleh dapat selesaikan semuanya pada raya kali ini,” katanya.

Dalam pada itu, Achey berharap agar kedua-dua mereka berdamai dan memikirkan mengenai kesejahteraan arwah Abam Bocey.

“Pesanan saya kepada Ali dan Dayah kalau dua-duanya fikir tentang arwah (Abam) jadi tolong henti dan selesaikan smooth dan steady,” katanya.

SUMBER: mStar Online