fbpx

DSV Dedah Pernah Bayar Gaji Iqbal Zulkifli RM100,000 Sebulan

Umum mengetahui baru-baru ini jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida memuat naik perkongsian mencari pembantu perbadi kacak dengan menawarkan gaji RM10,000.

Menurut Vida, setakat ini dia menerima hampir 60 resume permohonan melalui emel tidak termasuk lebih 100 mesej peribadi (DM) diterima menerusi Instagram.

BACA: DSV Cari Pembantu Peribadi Handsome, Tawar Gaji RM10,000

“Ia menyukarkan pihak kami kerana kriteria handsome memang datang yang kacak-kacak sudah macam nak buat pencarian Hero Remaja pula. Helok-helok mukanya. Perangai tu tak tahu la. Tapi perfomance sebagai PA itu tak tahu macam mana lagi.

“Nak jadi pembantu peribadi saya perlu sentiasa bersedia dan berketrampilan kerana bakal menggantikan saya kadang-kadang saya tak sempat nak pergi mesyuarat, PA yang akan gantikan saya,” katanya.

Vida berkata gaji RM10,000 yang ditawarkan bukan hanya sembang kosong, malah dia boleh memberikan lagi jika dapat melakukan tugasan dengan baik. Malah, dia pernah membayar gaji bekas PA terdahulu iaitu Ahmad Iqbal kira-kira RM50,000 hingga RM100,000 setiap bulan.

“RM10,000 tu sebagai geli-geli je bab gaji tu you kena perform lebih dari itu you boleh dapat tau. Saya bukan ‘scam’, boleh dapat lebih daripada RM10,000… saya boleh beri RM50,000 tapi kenalah pandai buat kerja,” katanya.

Terdahulu, Vida menawarkan gaji sebanyak RM10,000 dan mencari lelaki bujang berusia 25 hingga 30 tahun sebagai pembantu peribadinya.