Sambut Anniversary Pertama, Yonnyboii Rasa Macam Baru Semalam Kahwin

Genap setahun mendirikan rumah tangga dengan isteri tercinta, Nik Nazira, penyanyi Yonnyboii seakan tidak percaya sudah setahun juga dia bergelar suami.

Menerusi satu perkongsian di muat naik di Instagram, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman berkata dia merasakan seperti baru semalam melangsungkan perkahwinan.

BACA: “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri…Waktu Kolej Pun Pakai Macam Ni” – Isteri Yonnyboii

Dalam entri itu, Yonny turut menyifatkan isteirnya itu adalah pembawa sinar dalam kehidupannya serta tidak sabar melalui hari mendatang bersama isteri tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@yonnyboii)

“Selamat ulang tahun perkahwinan sayangku. Sudah setahun kita bernikah, rasanya seperti baru semalam berkahwin.

“Awak adalah insan pertama yang membuatkan saya rasa apa yang tidak pernah saya rasai. Awak adalah sinar dan harapan yang menyinari hidup saya,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? ? ? ? ? ? (@niknazira)

Sementara itu, Nazira turut berkongsikan ucapan manis buat suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka dimana dia berasa beruntung bersuaminya Yonny.

“365 hari menjadi isteri awak merupakan satu perjalanan yang sangat mengagumkan. Saya tak pernah terfikir betapa bertuahnya rasa disayangi oleh suami seperti awak,” tuliusnya.

Terdahulu, Yonny mendirikan rumah tangga bersama Nik Nazira pada 20 November 2021 selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

×