Sambung Belajar Ke Luar Negara, Leona Menangis Tinggalkan Malaysia
Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.
Meskipun dikecam teruk, namun gadis berusia 20 tahun itu tidak melatah dengan apa yang diperkatakan netizen tentang dirinya dan tenang meneruskan kehidupan seperti biasa.
BACA: Seluar Anak Azhar Sulaiman Ketat Sangat, Netizen Kata Nampak Bentuk Tak Sepatutnya
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Leona memaklumkan buat pengikutnya bahawa dia bakal terbang ke luar negara untuk menyambung pengajian.
@leonsmeonss I’m so sad
Dalam video dikongsikannya itu, Leona begitu sedih untuk meninggalkan Malaysia dan seharian menangis kerana terpaksa berpisah dengan keluarga dan rakan-rakan. Bagaimanapun, Leona berkata dia perlu berbuat demikian demi pelajaran serta untuk mengejar cita-citanya.
Perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang mendoakan agar Leona berjaya mengejar cita-citanya serta dipermudahkan urusan di sana.
Sementara itu, satu lagi perkongsian Leona turut menjadi perhatian dimana dia memaklumkan sudah berpisah dengan teman lelakinya sebulan lalu namun masih berkawan baik.
@leonsmeonss we broke up about a month ago
Uh?
Klu bkak kt sne pn ok je. Sbb kt sna pn suma da bogel.kt cni rmi yg alim
Semoga tercapai cita cita dik Leona. netizen pun… Kecam jer x habis2..jgn la gitu.. manusiakan boleh berubah .. doakan yg baik2.. dia remaja lagi… Seiring usia berubahlah nanti dia.. doakan elok2..
Ya, remaja yg ada kat mesia pun ada yg pd awalnya baik penampilan tiba2 jd lain pulak. Mana kita tahu balek dari UK nanti leonis berpurdah menjadi muslimah yg sangat baik.