Nampaknya, pasangan personaliti media sosial yang terkenal, Duriankimci sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban.
Menerusi satu video tular, Ryzal Ibrahim menyamakan pakaian tradisional yang dipakai isterinya, Maryam seperti alas TV dan kain buruk.
https://twitter.com/fabian_rossi21/status/1397487001209761796
Seperti sudah dijangka, tindakan Ryzal itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan Instafamous itu tidak sensitif kerana menghina pakaian tradisional kaum itu.
Sedar dirinya dikecam, Ryzal kemudian tampil memuat naik kenyataan permohonan maaf di Instagram. Pemuda berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjelaskan dia tiada niat untuk menghina, sebaliknya hanya bergurau.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Ryzal turut memaklumkan video yang dikongsikannya itu telah dipadamkan serta meluahkan rasa kesal dengan gurauannya itu.