Sam & Syatilla Pilih Nama Anak Syeriv Shamheizy
Selamat melahirkan cahaya mata pertama awal Mei lalu, lama juga masa diambil untuk pasangan, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendedahkan nama anak lelakinya itu. Menerusi akaun Instagram masing-masing, mereka telah berkongsi nama bayi mereka iaitu, Syeriv Samheizy.

Nama bayi yang cukup unik itu mungkin diberikan berdasarkan nama Sam dan Syatilla sendiri. Rata-rata peminat teruja mendapat tahu nama bayi pasangan ini yang memang lain dari yang lain. Bagaimanapun sehingga kini pasangan ini masih menyorokkan wajah bayi mereka.
Sebelum ini Syatilla telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada awal Mei lalu di sebuah pusat perubatan di Ampang. Berita gembira itu turut dikongsikan menerusi akaun Instagram Sam yang teruja menyambut kehadiran orang baru di dalam keluarga.
Apapun pasangan ini tidak memaklumkan pula maksud di sebalik nama bayi mereka. Tetapi pasti Sam dan Syatilla memilih maksud yang baik dan indah buat anak kesayangan mereka. (rtky/w)
- SUMBER
- My Artis
Erk?? Nape bunyik ejaan cm yahudi jerk? Apa makna tu.. Zmn p.ramlee ada sarip dol zmn ni glamer ejaannya kuang3
Nak unik jgn letak nama bunyi nama org, letak le nama bunyik kereta ke? Pokok ke? Gadjet ke? Tp tu anak dia lantak laa nak letak nama pun kan Sam?
Pasangan ni sebenar tk valid dh.dulu bolela.bg muka baru la.dh kawin dok umh niaga apa patut.tk kang sampi tua nk berlakon vcd gangster atau hantu je.hahaha..hidup artis sampai nma ank pun nk glamor jugak.hahah.
nsib baik x Sheriff haha