fbpx

Sam Bunkface: Tiada Akaun Instagram Untuk Anak Saya

Setiap pasangan pastinya teruja dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka, malah kebanyakkan selebriti akan membuka sebuah akaun Instagram khas untuk berkongsi perkembangan bayi mereka bersama peminat. Namun berbeza bagi Sam Bunkface yang menginginkan kehidupan privasi buat bayi pertama mereka.

BACA: Sam Bunkface Teruja, Sudah Senaraikan Nama Anak

“Syukur, tak lama lagi saya akan jadi bapa. Sudah tentu saya sangat gembira dan teruja untuk menyambut kelahiran anak pertama. Bagaimanapun, sehingga kini saya belum tahu jantina bayi kerana mahu ia jadi kejutan. Saya serahkan kepada isteri untuk mengumumkanya. Saya tidak kisah sangat soal jantina asalkan sihat, itu sudah cukup”

“Saya mahu zuriat kami membesar secara normal seperti anak orang lain. Bagaimanapun, tidak bermakna saya sorok anak kerana tetap berkongsi gambarnya untuk tatapan peminat. Kalau tanya sama ada saya akan membuka akaun Instagram rasmi untuknya nanti, ia tidak mungkin berlaku,” katanya kepada Harian Metro Online.

Pada masa yang sama, Sam turut berkongsi keterujaan beliau yang tidak sabar lagi mahu menyambut kelahiran bayi pertama mereka yang dijangka akan bersalin pada awal September ini. Sam turut memaklumkan bahawa mereka masih tidak mengetahui jantina bayi tersebut kerana ingin menganggapnya sebagai kejutan buat mereka berdua.

Walau apapun, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak-anak kecil. Sebagai selebriti pasti ramai yang ingin mengetahui perkembangan pembesaran anak-anak mereka, namun mungkin pendekatan yang digunakan oleh setiap orang berbeza mengikut pandangan setiap pasangan suami isteri. (rkty/w)