fbpx

Sam Bunkface Kahwin, Juliana Evans Tumpang Gembira

Pernah menjalin cinta bersama Sam Bunkface, pelakon dan pengacara Juliana Evans melahirkan rasa gembira buat Sam yang bakal bergelar suami kepada penerbit TV3 iaitu Aida Azira pada 25 April ini.

BACA: Juliana Evans Dan Sona One Kini Bercinta?

“Saya sangat gembira menerima perkhabaran yang Sam sudah bertemu dengan seseorang dan akan meneruskan kehidupan baru. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya dan semoga mereka berdua kekal bahagia serhingga ke akhir hayat”

“Kami berdua sudah lama berpisah dan semuanya sudah pun berlalu seperti kata orang lama, barang yang lepas usah dikenang. Mungkin tiada jodoh buat kami berdua namun saya sebenarnya tumpang gembira menerima berita perkahwinanya ini,” katanya kepada mStar Online.

Baru-baru ini, Juliana Evans dikatakan sedang menjalin cinta dengan penyanyi rap Sona One namun menafikan perkara tersebut dan menyifatkan perkara tersebut sebagai mengarut. (rtky/s)