fbpx

Pelakon Sharnaaz Ahmad enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan aktres, Amelia Christie selepas dikatakan saling ‘unfollow’ di Instagram.

Memetik Oh Bulan, Sharnaaz berkata hubungannya dengan Amelia dalam keadaan baik dan pada usianya sekarang tidak sesuai bercakap mengenai soal cinta, malah dia tidak pernah mengiyakan hubungan cinta dengan aktres itu.

BACA: Sharnaaz Nak Peluk Fizi, Minta Jangan Pisahkan Anak & Bapa

“Unfollow? Tak tahulah, pertama kali saya tak boleh jawab. Kalau yang itu, saya tak nak komen apa-apa. Fokus saya, kerjaya dan anak. Saya dan dia (Amelia) okey sahaja, berhubungan baik.

“Saya tak nak cerita apa-apa. Bila jadi apa-apa, macam ini lah, itulah. Saya pun tak pernah mengiyakan hubungan cinta dengan dia.

“Jadi tak boleh nak cakap putus. Biarlah. Saya pun sudah umur 40 tahun, nak bercerita pasal cinta macam merepek,” katanya.

Sementara itu, Sharnaaz berkata dia tidak menolak andai diberi rezeki untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua dan keutamaannya kini adalah pada anak tunggalnya, Jebat Jayden.

“Biarlah dulu pasal kahwin, lagipun saya pernah berkahwin. Ada ke jodoh selepas ini. Kalau ada rezeki, saya okey. Kalau takde, pun okey sahaja. Saya pun dah ada anak. Fokus saya cari duit dan keluarga memandangkan Jebat pun nak masuk sekolah,” katanya.