fbpx

Salih Yaacob Selamat Timang Anak Ke-13

Pelakon, pelawak dan juga penyampai radio, Salih Yaacob, 54, telah selamat menimang cahaya mata yang ke-13 hari ini hasil perkongsian hidup bersama isterinya yang ke-4 iaitu Samihah Sheikh Amy, 29.

BACA: Isteri Keempat Disahkan Hamil Dan Salih Yaacob Bakal Timang Anak Ke-13

Salih Yaacob Selamat Timang Anak Ke-13 - ROTIKAYA_in

Salih telah dikurniakan bayi perempuan yang merupakan anak pertama buat Samihah dan telah dilahirkan secara kaedah Caesarean Section di salah sebuah hospital di ibu negara selain turut bersyukur dengan kedatangan orang baru dalam keluarga besarnya.

Menurut Salleh Yaacob, bayi perempuannya ini ingin diberi nama Ellis Daina binti Mohd Salih namun masih belum diputuskan lagi sama ada mahu menggunakan nama ini atau pun tidak.

Salih memilih Emi sebagai isteri keempatnya pada 2011. Tiga isterinya sebelum ini iaitu Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, Norfara Wahida Sulaiman, 36, juga merestui perkahwinan ini. Malah Salih juga sering menjadi lelaki contoh bagi mereka yang ingin hidup berpoligami. (rtky/s)