Hujung tahun jer, sana sini sale. Kali ni kedai alat tulis dan buku, POPULAR tak nak terlepas buat sale untuk semua geng ulat buku.
Tapi kan, kali ni banyak gila barangan yang korang boleh dapat dengan harga yang sangat murah dan berbaloi. Dari buku ilmiah sehinggalah buku kanak-kanak semuanya ada.
Korang mesti tak sabar kan nak tahu apa sale yang POPULAR buat kali ini. Jom layan ni sampai habis.
Star Buys
Untuk korang yang gemar membaca buku fiksyen, lifestyle book dan buku non fiksyen, korang boleh nikmati diskaun sehingga 70% termasuklah cool gadgets dan barangan alat tulis. Bebaloi habis kali ni kalau beli.
RM10 Treats
Bila korang jejak jer kaki kat POPULAR ni, confirm korang rambang mata. Mana tak nya, lebih daripada 600 buku, aksesori gajet dan alat tulis yang terpilih bernilai RM10 jer. Murah banyak kan? Korang jangan sesekali lepas peluang ni.
Daily Specials & WOW
Bukan tu sahaja, sebagai permulaan sale dari POPULAR, korang boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa harian dengan lebih daripada 200 produk buku Bahasa Melayu Inggeris, Gizmo dan alat tulis dengan diskaun sehingga 85%. WOW! Jom dapatkan sekarang di BookFest!
Masa Untuk Beli & Dapatkan Ganjaran!
Paling yang dinanti-nantikan, bila bergelar pengguna ni sudah semestinya korang mahu kan ganjaran bila dan berbelanja banyak kan?
Okey! Kali ni bila korang belanja RM120nett ke atas korang akan dapat ganjaran baucar bernilai lebih RM50, termasuk Baucar Promosi POPULAR RM10, Baucar Produk Alat Tulis, Baucar KENNY ROGERS ROASTERS, Baucar MARRYBROWN dan Baucar NESPRAY®.
Bukan tu jer tau yang korang akan dapat, korang juga boleh dapat extra RM5* POPULAR Gift Voucher. Untuk dapatkan baucer ni, korang kena berbelanja sekurang-kurangnya RM150nett dalam satu resit dengan menggunakan Kad Kredit/Debit Public Bank.
Belian Dengan Belian
Bila berbelanja sehingga RM60nett, korang boleh miliki 64GB Sandisk Shift USB3.0 Flash Drive atau 1 liter ZEBRA Stainless Food Storage dan beberapa item terpilih dengan harga yang sangat rendah.
Sesi Perkongsian Pengarang Tempatan
Korang bukan sahaja akan dihidangkan dengan tawaran yang tak masuk akal dari POPULAR ini, sesi pengkongsian pengarang tempatan secara langsung juga turut diadakan.
Dengari perkongsian secara langsung oleh Tunku Halim mengenai The Midnight Children series pda 14 Dismber, jam 8 malam.
Bukan tu sahaja, korang juga boleh terokai beberapa petua perancangan kewangan bersama Zaidi Ismail, seorang penasihat kewangan pada 16 Disember, jam 8 malam dan bersama Mohamad Juoi untuk sama-sama mendalami dunia sastera Melayu melalui karya Pahrol pada 18 Disember, jam 8 malam.
Sesi perkongsian Pengarang Tempatan di Kedai Utama POPULAR dan di Pusat beli-belah IPC turut diadakan. Lebih menarik lagi, pratonton The Apple and the Tree turut berlangsung Marina Mahathir yang akan berkongsi tentang buku terbaharunya di POPULAR Flagship Store yang terletak di pusat beli-belah IPC pada 12 Disember jam 5 petang.
Sambil-sambil dengar live tu korang jangan lepaskan peluang untuk memasak bersama chef paling popular iaitu Chef Marina Mustafa secara langsug di Facebook POPULAR Malaysia pada 15 Disember pada jam 12 tengah hari. Boleh lah tambah resipi masakan korang nanti.
Crazy POP Bargain
Jom ramai-ramai dapatkan beberapa produk teknologi terhangat pada harga terendah! Korang hanya perlu sertai live di Facebook POPULAR Malaysia pada 11 Disember jam 11 pagi. Jangan lepaskan peluang untu grab item kegemaran korang okey!
Product LIVE Sharing Sessions
Ha! Korang tidak perlu pergi jauh untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga kerana LIVE ini akan padat dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan!
Mari menjadi artistik sambil menghias kotak gula-gula Krismas dengan ZEBRA atau selami dunia kreativiti dengan Bengkel DIY Faber Castell.
Ah, dan satu perkara lagi! Pada 19 Disember ini, jam 11 pagi korang jangan lepaskan peluang untuk dengar sendiri beberapa item baru dari POPULAR secara langsung menerusi Facebook POPULAR Malaysia.
Eksklusif Ahli Kad POPULAR
Daftar atau perbaharui Kad Privilege POPULAR 3 tahun untuk mendapatkan Cawan Lipat Silikon Mudah Alih Eksklusif POPULAR atau Kad POPULAR 1 tahun untuk mendapatkan Pilot Juice Up Super smooth writing gel pen.
BookFest @ Malaysia E-Leaflet
Korang kalau nak dapatkan maklumat secara lebih terperinci lagi berkenaan promosi dan produk, layari E-Risalah POPULAR dekat laman web rasmi POPULAR
Amacam banyak tak sale dari POPULAR kali ni? Jangan lupa terjah 47 cawangan POPULAR di Semenanjung Malaysia berdekatan korang sekarang!
Korang rasa patut korang abaikan benda yang korang tunggu-tunggu ni. Tepuk dada tanya hati.
Maklumat lanjut layari laman Facebook dan Instagram POPULAR.