Selepas berdiam diri susulan isu terpalit anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, pelakon Norman Hakim dilihat memuat naik perkongsian di Instagram.
Menerusi perkongsian itu, Norman memaklumkan apa yang berlaku itu dapat diselesaikan secara tertutup serta menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran buat mereka sekeluarga.
BACA: “Jangan Risaukan Saya, Tak Update Sebab Tak Ada Idea”
View this post on Instagram
“Terima kasih kepada mereka yang prihatin atas ujian buat keluarga saya, baru-baru ini. Insya-Allah, gerak hati dari-Nya untuk kami sselesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku,” tulisnya.
Dalam pada itu, Norman turut memohon maaf di atas salah silap mereka sekeluarga serta mereka yang bersalah masih berpeluang untuk bertaubat dan kembali ke jalan Allah.
“Ampun maaf kalau ada khilaf,salah & silap dari saya seisi keluarga.Yg salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka utk kembali ke jalanNya. Segala kelemahan datang dari kami & segala yg baik hanya dariNya,” tulisnya.