(Sumber Berita & Fakta: mStar Online)

Tengku Azwani Tengku Iskandar, saksi tunggal Perbicaraan kes tuntutan terhadap Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa segala dakwaan deraan adalah tidak benar.


Azwani yang mendakwa dirinya sentiasa bersama Manohara berkata pasti wanita itu akan mengadu sesuatu kepada beliau jika benar didera oleh Tengku Fakhry.

Azwani yang juga sepupu kepada Tengku Fakhry memberitahu mahkamah yang beliau nampak hubungan Manohara & Tengku Fakhry nampak mesra & tiada tanda-tanda penderaan terjadi.

Rumah kediaman Tengku Azwani juga di’katakan hanya 10 minit dari kediaman rasmi Tengku Fakhry & Manohara.

Dalam prosiding yang sama, mahkamah juga mendengar afidavit bertulis Tengku Fakhry berkaitan tuntutan hutang berjumlah RM1,112,250 terhadap Manohara.


Orang Malaysia sudah masuk mahkamah bicara, Manohara & ibunya di Indonesia masih belum berjumpa peguam yang sudi. Dan, ya, gambar di’atas adalah gambar Manohara Odelio Pinot.