Saksi: Shahz Jaszle Mengaku Belum Nikah, Hanya Pakai Boxer
Nampaknya, kes khalwat Shahz Jaszle yang kini dalam perbicaraan di mahkamah bakal menjalani kisah yang sangat panjang dan sampai ada yang mengatakan yang ianya akan memakan masa bertahun sebelum selesai. Kita layankan sahaja.
Dalam prosiding terbaru semalam, saksi yang merupakan Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata yang Shahz Jaszle & pasangan khalwatnya, Farah Nurizzati masing masing mengaku yang mereka merupakan sepasang kekasih ketika diserbu Mei tahun lalu.
“Dua-dua (lelaki dan perempuan) dalam bilik itu cakap benda yang sama kepada saya,” kata saksi kepada mahkamah semalam.
Pada serbuan yang dilakukan sekitar jam 3.50 pagi itu, saksi turut menambah yang Shahz Jaszle dan pasangannya berada dalam bilik kedua selepas pintu utama rumah tersebut dibuka oleh seorang lelaki yang kemudiannya menunjukkan lokai pasangan itu.
“Selepas saya ketuk pintu bilik dan memperkenalkan diri, pintu bilik kedua itu dibuka seorang wanita yang memakai seluar pendek berwarna ungu dan berbaju-T warna putih”
“Saya dapati terdapat susuk tubuh yang sedang baring berselimut atas katil lalu saya arahkan orang itu bangun dari tidur dan turun dari katil. Saya dapati orang itu adalah seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek (boxer) berwarna kelabu”
Shah Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, yang ketika itu masih tunangan orang didakwa berkhalwat dengan bekas pekerja bank, Farah Nurizzati, 22, di dalam bilik sebuah rumah beralamat KC-01-16 Blok C, Kayangan Apartmen, Jalan PJS 1-/24, Taman Sri Subang, dekat sini, jam 3.50 pagi pada 16 Mei 2013. Bagi pertuduhan itu mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya. Farah Nurizzati mengaku salah dan didenda RM3,000.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah bersambung pada 10 Jun ini untuk sesi soal balas oleh peguam tertuduh. (rtky/m)
Erm memey tu kurang2 norman nk nikah ni….farah…..shah pon xmo….
Boxer…..???? Mungkin tgh rancang nak *BERBOXING” atas katil! Oops!
Orang jantan ni jahat macamanapun, nak cari bini yg suci murni & bagus2…
sian pompuan2 yg jd mangsa Touch N Go dia…
org laki spesis ikan puyu nk pupus mmg mcmtu.. cmpk ke laut je lah!! last2 salahkn org lain..ye dak?
sendiri buat salah xmo ngaku..
hahaha…well siap ber boxer lagi…sesuatu sgt..mesti tgh jilat aiskrim shah..hahaa
tunang dia to doctor..kalau xnpk lagi apa si shah jazle nie buat tetap nk khiwn jugak aku xthu la…sebelum khiwn pon dh meroggeng dengan girl lain..dh la time to dh tunang…haha..kesian2
ni la atrtis lau x blaja tiggi…bodoh jadinya..sengal bengal pn ad..x malu..ape nk jadi nth..x ngaku plak 2..
Tapi kan,nak tau jugak..sampai bila nak selesai kalau asyik nak bagi date jaoh2 sampai bulan june?sedangkan shah enjoy dgn life dia dgn wani..hakim ni pun satu,kalau dah sah2 salah..hukum jerla..sebab yg pihak satu lagi kan dah ngaku..polis n jais tak main peranan ke kat shah? siasat secara psikologi sampai dia ngaku…kalau sah2 dia tak ngaku..asal farah ngaku la pulak??kan jais dah jumpa dlm 1 bilik..kalau member mmg dok ruang tamu lah..ni bukan member..mmg ada niat nak beronggeng sbb tu masa jumpe si laki pakai boxer atas katil..ala,lojik sikit lah hakim..jatuh jer hukuman…tang mana saksi yg nampak dorang tak salah dlm 1 bilik..kalau betol tak buat pun..mmg sah2 berkhalwat..satu biilik/satu bumbung dgn bukan muhrim adalah haram and salah..loyer pun mcm tak leh blah..benci lah aku nengok korang…
Aduhai sian tunang. Takkan la org saja nak sabotaj ye tak..
mahkamah syarie? kah3. Hukum Hudud? kah3
Islam maju? kah3……..Sumenye “LEBIH ANGAN2 DARI REALITI!!!”
Shahz Jaszle akui ada kekasih baru, putus tunang dengan Redzwani Puteri