fbpx

Sakit Puteri Balqis Didakwa Ada Unsur Mistik?

Beberapa hari ini, kisah pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis menjadi perhatian ramai. Tiada siapa menyangka, Balqis kini berdepan dengan kesempitan hidup dan terpaksa menjual buku puisinya untuk menyara kehidupan.

Umum mengetahui, terdahulu Balqis pernah terlantar sakit dikatakan menghadapi kanser. Meskipun sudah mendapatkan rawatan di hospital, doktor masih belum dapat mengenal pasti penyakit sebenar yang menyerang pelakon cilik itu.

BACA: Nabila Huda Persoal Kenapa Ibu Bapa Puteri Balqis Tak Bekerja?

Susulan pendedahan Balqis yang sering mengalami muntah darah, ada netizen membuat spekulasi tentang penyakit pelakon itu dan mengaitkannya dengan unsur mistik. Malah ada netizen mendakwa ianya ada kaitan dengan namanya yang dikatakan nama ketua jin.

Kata netizen itu lagi, nama Balqis tidak sesuai untuk digunakan kerana membawa makna yang tidak baik dan antara nama para jin suka berdamping.

Bagaimanapun, seorang pendakwah bebas tampil menjelaskan perkara tersebut di laman Twitternya. Menurut pendakwah itu, perbuatan yang mengaitkan nama kepada berlakunya penyakit atau perkara malang merupakan perbuatan syirik.

Malah, Mufti Wilayah Persekutuan juga berpandangan mempercayai sesuatu nama itu sebagai berat dan tidak mampu ditanggung oleh bayi adalah kepercayaan yang tidak didasari dengan bukti yang jelas dan ia perlu dijauhi oleh orang Islam.